Tujuh perkara yang menyebabkan pelanggan kedai makan lari dari kedai anda
6 Safar 2023 Buat² tak nampak apabila pelanggan memanggil untuk membuat tambahan order. Walhal pelanggan jelas melihat mata petugas melihat mata dan lambaian yang dibuat. Mungkin juga petugas rabun jauh. Lebih menyakitkan hati pelanggan apabila petugas datang ke meja sebelah tetapi seolah tidak menghiraukan meja pelanggan yang baharu sahaja memanggil. Apabila dipersoalkan mengapa tidak datang, petugas beri alasan dia sedang sibuk. Lebih menjengkelkan apabila petugas bukan dari kalangan warga negara; Pelanggan menunggu di meja makan lebih dari lima minit tanpa ada sebarang aluan mesra daripada tuan punya kedai makan; Pesanan yang dibuat, biarpun bertulis, tidak diingat oleh pemilik kedai dan pelanggan terpaksa menyatakan semula apa yang dimakan tadi. Boleh jadi pemilik hendak menguji iman pelanggan serta kejujurannya tetapi ianya tetap menjadi sesuatu yang menjengkelkan; Menu yang dihantar berbeza dengan pesanan awal. Namun ada ketikanya petugas tersilap menulis pesanan kerana kurang p