Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 16, 2023

Ramadhan : SKT yang dipandang sepi

Imej
 21 Syaaban 1444 Tajuk yang terlewat untuk ditulis dan dihabiskan..Ramai yang menantikan kehadiran Ramadhan, namun masing² mempunyai nawaitu yang tersendiri sama ada untuk gembira ataupun tidak, bahkan tidak terlalu memeranjatkan jika ada yang berkeluh kesah dengan kedatangannya (moga para pembaca tidak termasuk dalam golongan seumpama ini); Musibah (?) banjir yang melanda beberapa daratan di negara hujung selatan dalam Syaaban ini agak menggugah dan memberikan impak yang tidak kurang besarnya untuk ditanggung oleh mangsa; Dengan bulan Ramadhan yang menghampiri yang lebih dikenali sebagai bulan makan² (?) Syawal yang paling syahdu untuk golongan bani Ta Mim biasanya dan pembukaan semula pagar² sekolah mungkin akan sedikit terasa beban dan poket; Ada yang gembira dengan Ramadhan, kerana mereka boleh menjadi pedagang di sepanjang bulan mulia dengan beberapa bentuk dagangan sama ada secara F2F atau secara maya dimana boleh dikatakan apa sahaja yang cuba didagang dalam bulan ini, khususnya