Melaka...Disini Segalanya bermula..
Tajuk yang agak menarik. Sebenarnya penulis berpeluang untuk menyertai hari keluarga anjuran organisasi orang rumah. Lokasi adalah salah sebuah hotel atau resort di Melaka. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 9.15 pagi dan menikmati sarapan pagi di warung tepi jalan dalam kawasan Ayer Hitam. Warung ini menawarkan sate selaku sarapan di pagi hari bersama menu lain seperti lontong, mee rebus dan sebagainya. Sudah agak lama penulis berhajat untuk singgah di warung tersebut namun baru kali ini hajat itu dikabulkan. Selesai sarapan, kami memecut menuju ke MITC Melaka. Kami tiba sekitar jam 11 pagi di kawasan aktiviti utama untuk acara bowling. Acara tersebut hampir berakhir tatkala kami tiba. Penulis telah kena pau dengan putera penulis dek permainan yang menyilaukan matanya... Kami kemudian bergerak ke Mydin Ayer Keroh. Ya...itu adalah kali pertama penulis menjejak kaki ke sana. Sebaik menurunkan isteri dan anak², penulis bersegera menuju ke Masjid Alami yang berhampiran. Sempat