Hadis mengharuskan solat jama tanpa sebab
Ahmad b Yunos dan 'Aun b Salam memberitahu kepada kami dari Zuhair, Ibn Yunus berkata, "Zuhair memberitakan kepada kami, dari Said bin Jubair, dari Ibn Abbas, ia berkata, "Rasulullah SAW solat zuhur dan Asr bersama-sama di madinah tidak dalam keadaan takut dan tidak dalam safar. Abu zubair berkata, saya bertanya kepada Sa'id, "kenapa beliau melakukan sedemikian?" Ia menjawab, "saya pernah bertanya kepada Ibn Abbas sebagaimana pertanyaan anda padaku, dan ia menjawab, baginda SAW mahu agar umat ini tidak merasa terbeban" Hadis no 1147 kitab sahih muslim