Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 29, 2018

Kerana sekeping kertas ...

Imej
17 Safar 1438 daripada hijrah Ar Rasul, penulis memulakan safar ke pulau impian seawal waktu dhuha mula menerikkan kehangatan mentarinya. Safar ini agak penting kerana ianya adalah safar untuk membuktikan sebuah kemenangan. Ianya juga MUNGKIN safar penutup untuk beberapa episod pertapaan ke pulau tersebut sejak Ogos 2014.  Sekitar jam 10 am, selepas menikmati sarapan lontong sate di pekan satelit, penulis meneruskan pemaduan almera putih berusia 59 bulan meluncur menuju destinasi paling jauh yang akan diterokai oleh kenderaan itu sejak dimiliki oleh isteri!! Sebelum itu, petang Khamis, penulis ke kedai  tayar untuk menggantikan tayar hadapan kiri yang mengalami keretakan kecil. Berbimbang² sekiranya tidak ditukar ganti mampu mencetuskan letupan. Mujurlah dapat diganti dengan tayar terpakai berharga RM50 sebuah. Cukuplah kiranya untuk menyelesaikan sebuah safar panjang, Insya Allah. Nak digantu dengan yang baharu, tiada kecukupan pula untuk dimodalkan. Almera meluncur