parit jawa siri II
6 April 2012 sekali lagi penulis dan rakan-rakan diarahkan untuk bertugas di kem parit jawa, Muar johor. Dengan menaiki kenderaan syarikat, kami bergerak menuju ke lokasi sekitar jam 10.00 pagi. Udara pagi Jumaat dalam keadaan mendung, kami bergerak membelah pagi yang indah.. Tiba di lokasi sekitar jam 11.00 pagi. Beberapa orang sahabat yang lain sudah berada di lokasi. Kelaparan mula merobek usus saudara PH. Menjelang jam 12.30, hidangan tengahari disuguhkan kepada kami. Menjelang jam 1.15, kami bergerak menuju ke masjid yang sama sebagaimana yang kami singgah dua minggu lepas. Masjid ini rupanya masih aneh. Tanpa suara azan yang dialunkan keluar bangunan. Hanya alunan azan dari dalam sahaja. Mungkin speaker masjid itu masih belum berfungsi sepenuhnya akibat kerosakan belum pulih. Usai solat Jumaat, kami bergerak semula ke kem untuk memulakan aktiviti. Di kem, peserta telah tiba dan peserta perempuan sedang menikmati jamuan tengahari. Acara pertama taklimat kem komandan bermul