Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 23, 2011

retro dan kita

Imej
Jamuan makan malam tahunan organisasi kali ini kelihatannya agak berbeza dengan jamuan makan malam tahunan sebelumnya. Lokasi makan malam yang biasanya akan memilih lokasi hotel telah berubah angin dan rasa untuk ke dewan orang ramai sahaja. Tetapi lokasinya berada di luar kawasan organisasi. Dan yang paling hangat ialah, ada tema untuk acara malam itu. temanya ialah retro... Maka berpusu-pusulah warga organisasi untuk menghadiri malam makan malam retro itu dengan pakaian yang dianggap sesuai dengan tema retro itu. Tidaklah diketahui niat sebenar setiap kaki yang melangkah masuk ke dewan yang tidaklah sehebat dewan-dewan di peringkat kebangsaan. Hanya seqadar dewan orang ramai yang biasanya disewa untuk acara politik ataupun paling-paling tidak untuk menyambut tetamu. Ada yang datang dengan niat untuk merebut hadiah cabutan bertuah. Ada yang datang hanya untuk makan malam. Ada juga yang datang hanya seqadar suka2 dan itu selalunya alasan kebanyakan dari mereka. Penampilan mereka juga j