Catatan

Tunjukkan catatan dari April 21, 2011

Dua Hari Semalam Je

12 dan 13 April 2011 (Selasa dan Rabu) telah dipilih sebagai hari pelaksanaan program Dynamic Development, satu program di kem yang diadakan sebelum peserta dihantar ke organisasi lain untuk latihan industri selama hampir empat bulan. Savannah Hill, lokasi yang dipilih sejak lebih tiga tahun oleh pihak pejabat penganjur. Entah apa yang istimewa lokasi ini penulis tidak tahu dan tidak ingin tahu. Pergerakan aktiviti ini agak keberatan dilepaskan oleh ketua jabatan. Maklumlah, minggu bekerja. Selalunya ia dilaksanakan pada hujung minggu. Selama dua tahun berturut-turut ianya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. Selalunya selama 3 hari dua malam. Itu adalah waktu yang ideal untuk pelaksanaan program berbentuk kem . Sebenarnya waktu yang paling ideal ialah selama 4 hari 3 malam. Program jati diri selalunya berlangsung dalam jangkawaktu yang tersebut. Tetapi tidak pada program Dynamic. Namun kali ini, paling tidak ideal untuk total training. Waktu terlalu singkat. Akibatnya, segala aktiviti u