Kesatuan : Kemana arah dan tujuan?
13 Syaaban 1444 Menelusuri perjalanan sebuah kesatuan di salah sebuah institusi bermula dengan beberapa orang yang berjiwa pejuang bersetuju untuk membentuk sebuah kesatuan dalam erti kata sebenar bagi membela kebajikan dan nasib para pekerja yang dibawah kasta pengurusan & profesional (P&P). Persatuan dilihat tidak berkemampuan membawa suara marhaen ke meja perundingan bagi mendapatkan sedikit perubahan; Pada awalnya bergerak dalam rangka kerja yang terkawal serta tidak terlalu agresif dalam mengorak langkah menghadap pihak pengurusan; Kawalan ketat dari napolean kecil berjawatan telah menyebabkan kesatuan hampir kehilangan arah dan kemudi yang bersifat linear dan dilihat condong kepada pihak pengurusan menyebabkan timbul perasaan ketidak puasan hati dari segelintir jiwa muda yang berdarah memberontak; percubaan untuk menukar tampuk kepimpinan akhirnya berlaku meskipun dengan undian tipis; Ujian pertama berlaku dimana keanggotaan sebahagian ahli dilihat tidak sah kerana kegag