Catatan perjalanan : Langkasuka
20 Rabiul Awwal tahun ke 1440 daripada hijrah Ar Rasul Penulis dan beberapa rakan daripada organisasi telah terpilih untuk menyertai kursus yang dianjurkan di kepulauan langkasuka. Kami bertolak daripada markas sekitar jam 10 pagi. Penulis sempat bersarapan bersama isteri dan anak sulung di warung lontong sate. Tapi sayangnya, yang tinggal hanya sate pada waktu itu... Jam 10.30 kenaikan tiba di lokasi yang dijanjikan. Beberapa orang rakan sejawatan turut bersama. Kami merentasi lebuhraya utara selatan yang dijanjikan untuk ditamatkan kutipan tol dalam menifesto yang tidak kesampaian menuju ke lapangan terbang paling selatan semananjung emas. Sekitar jam 12.00, kami tiba dan terus menelusuri urusan check-in DIY di mesin robot versi revolusi perindustrian 4.0 yang tidak lagi menggunakan manusia. Bagasi yang perlu diletak di bawah perut pesawat ditandai dan kemudian diserah ke dalam serahan bagasi. Kami kemudian mencetak boarding-pass masing² juga di mesin DIY milik syarikat pene