Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 3, 2013

Kuliah zuhur hari ke 24

Seusai solat zuhur dalam cuaca nyaman hari ke 24 Ramadhan tazkirah zuhur diisi oleh ustaz baru di masjid menara nan sebatang Antara isi menarik kuliah beliau ialah bagaimana para salaf dapat mengkhatamkan al quran hingga 4 kali pada waktu siang dan 4 kali pada waktu malam... Bagaimana imam as syafie dapat khatam al quran sekali sehari manakala dalam bulan ramadhan dua kali sehari? Bagaimana seorang alim menolak untuk bersembang dan berbual kosong kerana khuatir masanya terbuang begitu sahaja dek kerana risau tentang umur yang semakin berkurangan. Imam as syafie mengarang syair taubat yang indah...tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak kuat menanggung siksaMu dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah dosanya....sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...apabila pada hari itu perutnya merasa kenyang? Bagaimana dengan kita pula?

Kemakmuran malam akhir ramadhan

Imej
Meniti malam ke 25 ramadhan di tengah bandar kecil, ibu daerah tengah gerbang selatan semenanjung emas. Suasana sesak menyelubungi bandar kecil ini sepertimana tahun-tahun sebelumnya meskipun suara bacaan imam masih kedengaran jelas di corong-corong menara rumah Allah. Ini bermakna tarikan ke bazaar ramadhan jauh lebih hebat berbanding tarikan tawaran ke rumah Allah bagi merebut kelebihan 10 malam akhir... Kesesakan di tengah bandar juga agak luar biasa. Terfikir juga di benak ini mengapa kenderaan begitu banyak memenuhi setiap inci ruang yang difikirkan boleh untuk parkir. Kelihatan juga sang polis begitu galak menurunkan tandatangan diatas helaian kertas saman untuk diselitkan ke wiper kereta yang terpilih. Suasana di bazaar pula tidak boleh diceritakan dengan hanya tulisan di blog picisan. Semakin meriah dan bergaya serta menyambut para pengunjung yang mungkin dahagakan sentuhan pelengkap syawal yang masih jauh... Begitu bersemangat umat ini untuk berhari raya hinggakan