Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 30, 2015

Puasa itu hanya tidak makan dan minum dan dot...dot...dot..

Imej
Hari ke 13 Ramadhan ... suasana di pejabat-pejabat kerajaan sudah mula diresapi dengan semangat untuk mengejar kegembiraan syawal dan cepat-cepat ingin menanggalkan jubah ramadhan. Daripada sang penjual kuih, sang penjual pakaian hinggalah kepada pemain lagu-lagu hari raya. Semangat hendak meneruskan ramadhan hampir sahaja lumpuh. Saf-saf solat di rumah Allah di malam Ramadhan sudah mula menunjukkan pengurangan namun belum mencapai tahap kritikal. Bazaar-bazaar Ramadhan sudah mula menunjukkan kemeriahannya. Namun kemuncak kemeriahan pengimarahan bazaar ramadhan akan bermula pada 10 malam akhir ramadhan manakala rumah-rumah Allah akan mula menunjukkan kadar penurunan jumlah jamaah yang kritikal. Seolah para malaikat yang dijanjikan untuk turun ke dunia pada malam al qadr tidak mahu diraikan atau dialu-alukan di serata bumi semenanjung emas dan kepulauan borneo ini. Benarlah kalam salah seorang ulama yang kerap disanggah oleh golongan yang beremosi dan mengaku sebagai puak yang berja

Restoran 24 jam

Imej
Beberapa hari lepas Buletin Utama ada memaparkan mengenai cadangan untuk menutup atau dalam bahasa lebih mudah, menghadkan perniagaan kedai-kedai makan 24 jam menjadi waktu berniaga biasa sahaja. Maka beberapa tokoh kedai-kedai makan tersebut bersuara membantah. Muncul pula wajah yang mengatakan daripada tutup kedai makan 24 jam, baik tutup pub dan bar yang nyata lebih menghasilkan budaya sosial songsang. Maka ditemuramah beberapa pengunjung tegar kedai makan 24 jam yang makan dalam keadaan sopan dan ada kalanya bersama anak-anak meraka. Semuanya tidak setuju dengan cadangan tersebut. Sebab utama ialah kerana Bendahara juga sudah menyatakan akan akur sahaja dengan kehendak pemilik kedai makan 24 jam untuk meneruskan operasi sebagaimana biasa. Masyarakat yang ditemuramah bagaikan menafikan dengan keras bahawa kedai-kedai makan yang beroperasi selama 24 jam sehari ini pembawa virus kebejatan dalam akhlak kelompok masyarakat. Cuba kita perhatikan kedai 24 jam ini di lokasi