Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 4, 2022

Anak muda selaku pemimpin

Imej
2 Syaaban 1443 Jumaat yang berkah Pada petang semalam berlangsung satu program webinar bersama tokoh melalui medium zoom. Antara lain, panel jemputan menyuarakan keinginannya untuk melihat negara ini dipimpin oleh golongan muda. Sudah tidak cukupkah kita dipimpin oleh warga tua ujarnya. Pandangan beliau ada kebenarannya. Kita pernah dipimpin oleh PM paling tua dalam sejarah, iaitu berusia 93 tahun dimana kabinetnya terdiri daripada seorang yang paling muda berusia sekitar 25 tahun... Panel juga menyatakan bahawa hampir 30 tahun beliau berkecimpung dalam dunia kewartawanan serta memahami keadaan politik dan beliau melahirkan perasaan bahawa selepas 30 tahun, pemain atau aktor politik pada waktu 30 tahun lampau adalah masih sama dengan hari ini!! Kita biasa dimainkan dengan hikayat bersendi agama dimana pemimpin perang paling muda dalam sejarah islam dan dunia ialah dipikul oleh Usamah bin Zaid, yang tatkala itu berusia sekitar 18 tahun untuk memerangi rom, dimana baginda menghantar pasu

Lawatan ke Masjid Tengkera

 9 Rajab 1443 Penulis berada di bumi Hang Tuah bermula malam 8 Rajab atas tuntutan kerja. Bermukim di bumi bersejarah di salah sebuah hotel di tengah-tengah kota Melaka. Hotel yang kelihatan dari gambar seolah meriah dan ceria serta hebat namun hakikatnya sunyi dan mandom.. Apabila check-in masuk ke bilik, ianya adalah sempit dan kurang selesa hatta untuk solat berjamaah pun agak sukar. Tidak seperti yang digambar. Membuka lampu toilet, dengan secara tiba² satu lampu terpadam sendiri. Mujurlah hanya di bahagian shower sahaja yang tidak berlampu. Program pembuka malam berterusan dengan taklimat dan juga sedikit sesi soal jawab. Anggota program kelihatan sangat bersedia dan begitu bersemangat untuk menyelesaikan tugasan. Sekitar jam 11 malam, baharulah ada tanda program akan ditangguhkan sementara menanti waktu dhuha Jumaat keesokan harinya. Penulis dan isteri bergegas keluar di malam kelam mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan perut. Penulis tidak pula menjamah hidangan di restoran h