Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 2, 2017

Berape hari dah?

Imej
Hari khamis terakhir di pulau tahanan... hari ke lima dalam bulan Jamadil Awal..tahun ke 1438 dari hijrah Ar Rasul  SAW ..Macam dah lama tak up date ruangan ini. Dek kesibukan menimba ilmu. Kata salah seorang pensyarah berpangkat Profesor, kamu harus ghairah kepada ilmu...bukan ghairah kepada kertas (sijil)... Hari ini ada PB untuk subjek Konflik Dalam Masyarakat Majmuk sekitar jam 12 tengahari dan berakhir jam 1.30 tengahari. Soalan ada tiga berbentuk esei dan wajib dijawab satu. Sekitar jam 11.30, kami dah berada di ruang legar dewan peperiksaan. Tak tahulah kenapa kami menjadi antara yang awal berada di situ. Hatta pensyarah pun tiba agak lewat. Sekitar jam 1.10 petang, penulis dah keluar dari bilik peperiksaan. Sebenarnya, sebaik sahaja mendapat kertas soalan, penulis termenung sejenak memikir dan mengingat point² penting yang bisa diingati untuk menjawab dua dari tiga soalan yang dibentangkan. Tatkala orang lain dah memulakan penulisan, penulis masih terkebil² mengingati poin