Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 21, 2011

Jumaat Yang Hangat...

Jumaat 23 Zulkaedah 1432.. solat Jumaat pertama di bangunan masjid baru UTHM. Keadaan yang sangat kondusif dan nyaman. Jamaah agak ramai kerana solat Jumaat. Khatib oleh Imam Besar negeri Johor Ustaz Khalid Sono. Penulis juga sempat menemui As Sheikh Hj Mohd Nooh Kadri...Bekas qadhi daerah kluang yang merupakan boss penulis tatkala bertugas di pejabat agama kluang. Namun tatkala solat Asr di masjid baru tadi, kebimbangan yang pernah disuarakan mula terbayang menjadi kenyataan. Jumlah jamaah merosot berbanding jamaah di masjid lama. Beberapa wajah sahabat yang biasa kelihatan menyertai jamaah sudah tiada...Ya...faktor jarak telah mula memisahkan kita dengan rumah Allah yang tersergam indah ini... Malang sekali rumah Allah yang hebat ini sememangnya hanya dikunjungi (baca: hadir jamaah) oleh orang yang hampir, ataupun orang yang benar-benar mengerti. Namun hingga artikel ini ditulis, suara azan dari menara itu masih belum dapat mnusuk gegendang dan seterusnya merasuk hati agar memmerinta