Catatan

Tunjukkan catatan dari April 22, 2013

Kalau ribut solar melanda....

Imej
Petang semalam tatkala bersantai di hadapan peti televisyen sambil menonton siaran astro, dokumentari menceritakan mengenai ribut solar yang agak besar dijangka melanda sekitar tahun 2013 dan 2014. Ribut solar ini jika berlaku boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik dan ianya mengambil masa sedekad untuk dibaik pulih!! Apabila perkara ini benar2 terjadi, kesemua peralatan termasuk telefon bimbit dan sebagainya tidak boleh digunakan lagi. Tengahari ini penulis berada di Pejabat Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenslan baru setelah ditegur kerani di pejabat tanah mengenai salinan kad pengenalan yang tidak memperlihatkan lagi wajah penulis dengan jelas. Tatkala tiba, pelanggan kelihatan ramai. Mengambil nombor di kaunter mendapat no. Pendaftaran7197 dan nombor sekarang ialah 7158. Kelihatan hanya ada dua kaunter sahaja yang melayani nombor ini dan sebenarnya hanya satu sahaja yang berfungsi.  Sesuatu yang lebih menjengkelkan ialah penghawa dingin pejabat tidak ber

SABAK MUNI - Bila Burung Sabak Berbunyi

Imej
Burung Sabak - dinamakan juga sebagai burung hantu atau burung pungguk dan perkataan muni pula bermaksud berbunyi mengikut istilah di kalangan orang jawa. Begitulah yang tertulis pada kenyataan di dinding bangunan baru sekolah kebangsaan Seri Sabak Uni, sekolah yang menjadi medan seterusnya untuk tahun 2013. Program bermula selepas solat Jumaat dalam keadaan penulis agak terlewat. Awal pagi berada di halaman pejabat Tanah Daerah Kluang. Menjelang zawaal memecut menuju ke pejabat sebentar. Solat Jumaat di Jamek Menara Nan Sebatang dan akhirnya menuju ke lokasi .. Tatkala tiba, pelajar sudahpun berkumpul di kawasan yang ditetapkan oleh guru mereka. Beberapa minit kemudian, peserta masuk ke dewan yang merupakan kelas-kelas yang dibuka dijadikan dewan sementara dengan lantai yang ditutupi oleh tikar yang baru sahaja dibeli oleh guru yang bertanggungjawab. Menjenguk juga ke penginapan sementara yang disediakan yang merupakan bilik pra sekolah mempunyai dua bilik mandi kurang selesa de

KERNA Sekeping Tanah Kurnia

Sekitar jam 7.30 pagi tatkala penulis tiba di ruang legar pejabat tanah, kelihatan manusia yang beratur sudah sedia panjang. Sebenarnya telah dijangkakan akan keadaan luar biasa ini. Namun dek kerana urusan lain yang perlu dibereskan, jam 7.30 pagi dilihat sebagai waktu yang paling ideal untuk bersama merasai jerit perih rakyat yang ingin memiliki sekeping geran tanah kurnia. Sebagaimana lazimnya setiap kali menjelang pilihanraya umum, maka pada saat itu pejabat tanah daerah akan mengumumkan pembukaan permohonan tanah kurnia. Dan meskipun terpaksa beratur panjang untuk mengambil borang dan seterusnya menghantar borang, orang ramai kelihatan setia menunggu giliran. Sudah dua jam menunggu namun masih belum tiba di kaunter. Dari suara yang kedengaran ada yang sanggup berkampung sejak awal subuh lagi... Begitulah sikap kita terhadap sedikit anugerah duniawi. Sanggup mengharungi segalanya. Meskipun belum pasti boleh dapat, tetapi usaha dibuat semahunya. Berbeza dengan tawaran pahala