Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 4, 2010

sukarnya untuk istiqamah

lewat malam Isnin, sekitar jam 11.30 tatkala penulis duduk di hadapan note book melayari alam internet yang amat luas ini, terpampang di tv9 ulangan siri tanyalah ustaz yang membicarakan mengenai bulan Rejab dan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj Zahazan Mohamad, antara pendakwah yang menjadi kegemaran penulis. Mskipun begitu, penulis tidak memberikan penumpuan terhadap ceramahnya kerana disibukkan oleh keseronokan pelayaran laman sesawang yang pelbagai. Namun, ada beberapa patah perkataan yang menarik perhatian penulis. Tatkala ada panggilan yang dibuat, mengenai fadhilat berpuasa sunnah rejab, maka dijawab dengan panjang lebar oleh ustaz. Antara lain, beliau mengaitkan bahawa kita ini terlalu taasub dengan amalan yang dilakukan oleh orang-orang lain selain Rasulullah SAW yang dilihat dan diceritakan amat hebat, hingga mengakibatkan orang yang tersebut memperolehi mati dalam keadaan husnul khatimah, seperti berpuasa tiga bulan berturut-turut, iaitu puasa dalam bulan Rejab, Syaaban da