Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 24, 2013

Kuala Lumpur : i come

Imej
Musafir kami ke Kuala Lumpur pada bulan safar ini bermula seawal jam 6  petang sabtu. Kami mentakhirkan solat di lokasi tujuan. Kami singgah di restoran jejantas untuk menjamu selera. Putra putri seperti biasa merengek untuk mendapatkan aiskrim dan juga permainan. Mujurlah pilihannya yang berharga RM3.00 sahaja... Kami sampai ke destinasi sekitar jam 11 malam. Abang ipar menyambut kami di pintu rumah agamnya. Beliau akan berangkat ke tanah suci pada keesokkan harinya. Kami akan menghantar beliau ke lapangan terbang seawal jam 6.30 pagi... Dan malam itu diisi dengan sedikit perbualan mengenai tanah suci dan juga menonton kisah seram di kaca televisyen. Seawal jam 5 pagi kami telah bangun bersiap. Seusai solat subuh, kami bergerak menuju ke lapangan terbang. Di sana urusan untuk berangkat kelihatan tidak berlaku. Oh rupanya abang ipar terjebak dengan syarikat yang menipu. Betapa manusia semakin rakus dengan dunia hingga mengkomersialkan urusan umrah dan sanggup pu