Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 12, 2014

Sekali lagi menjadi kaku...

Imej
Berada di pejabat baru meskipun telah berkhidmat lama di organisasi yang sama, pasti akan menampakkan sedikit kecanggungan. Walaupun boleh dikatakan 70 peratus rakan baru yang berada di pejabat baru adalah dari kalangan yang pernah dikenali, namun rasa kekok dan agak janggal tetap menerpa di minda. Apatah lagi bidang tugas yang disuguhkan jauh berbeza daripada yang biasa ataupun yang pernah dibiasakan. Maka jadilah penumpang baru ini semakin terkial-kial untuk cuba mengikut arus. Mungkin bagi rakan yang menerima bagi mereka sama sahaja. Tiada sebarang masalah. Boleh jadi perasaan sendiri yang terikut-ikut... Mungkin akan memakan sedikit masa. Bagi penulis, tempoh sebulan awal ini penting bagi kita mempamerkan imej diri serta menjual atau mempromosi diri di tengah laman masyarakat baru yang secara senghaja ataupun tidak, sebenarnya cuba memerhati dan menganalisis diri kita. Mungkin mereka pernah mendengar tentang kita jauh sebulan lebih awal dari tarikh kita muncul buat pertama kali di

Mengapakah di Malaysia agama Kristian berkembang dan agama Islam tidak?

Imej
Kerana: Orang Islam menjual/memperdagangkan agamanya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma. Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi. Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan  menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya. Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir). Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya). Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), paderi sukarela. Air zam zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma. Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah. Ustaz-ust