Catatan

Tunjukkan catatan dari November 7, 2010

Skate board d Bat City

Imej
29 Zulkaedah 1431 waktu Zuhur tatkala singgah di sebuah kompleks membeli belah di Bat City yang agak hebat itu bagi berlanggan dengan Mesin ATM Maybank, di sebelah bangunan kelihatan beberapa orang pemuda sebangsa sedang berkumpul di terik matahari. Mereka sedang asyik memerhatikan dan juga bermain skate board. Agaknya ada pertandingan yang telah diaturkan.. Kelihatan mereka begitu bersungguh-sungguh bermain dengan berpakaian yang tidaklah kemas. Sanggup berpanas di waktu Zuhur. Para juri mungkin berada di bawah khemah yang disediakan. Tidak kelihatan pula bangsa lain tatkala penulis berada di situ, baik pemain mahupun penonton. Mungkin bukan 1 Malaysia yang berminat. Mungkin hanya ada 1 bangsa sahaja yang berminat. Mereka adalah bangsa penulis. Sudah barang pasti mereka juga 1 aqidah dengan penulis. Alangkah cantiknya kalau penganjur menepati waktu solat. Berhenti untuk solat sekurang-kurangnya. Lebih cantik kalau dianjurkan solat berjamaah sekali. Tentu lebih cantik. Ini bukan masala

Datang tapi tak masuk

Seolah-olah terngiang-ngiang patah-patah lagu.."Mengapa datang tetapi tidak masuk..." cumanya penulis terlupa siapakah yang menyanyikan lagu tersebut. Yang pastinya, lagu itu merupakan sebuah lagu cinta.. Zuhur 29 Zulkaedah 1431, singgah di sebuah surau yang berhampiran dengan kota Bat City. Jamaah tidak mencapai dua saf. Ketika sedang berwudhuk, solat sedang didirikan. Ketika memanjat surau dan hendak masuk ke perut rumah Allah yang mulia itu, terpandang dua pemuda yang sedang duduk di tepi surau, berbual. Ketika penulis menjeling, mereka buat-buat selamba sambil meneruskan perbualan. Hati penulis terasa panas... Usai solat, ketika menginjak tangga keluar bangunan, dua pemuda itu masih di tempat yang sama, terus berbual kosong, seolah-olah sedang duduk di bangunan dewan orang ramai, ataupun sedang duduk di taman bunga. Adakah dia lupa bahawa dia sedang berada di rumah Allah? Adakah dia tidak mendengar suara seruan azan, suara seruan iqamah, suara takbiratul ihram dan sebagai