Khutbah tahun 2014
Menghirup udara Jumaat pertama di negeri Johor yang mengalami fenomena perubahan cuti mingguan. Sebenarnya bahang keheningan cuti mingguan Jumaat Sabtu ini telah mula dirasakan sejak petang Khamis lagi dek kerana perubahan waktu bekerja khususnya pada hari Khamis di mana waktu bekerja bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang sahaja... Khutbah jumaat pada tengahari ini cuba membawa jamaah merenungi tahun baru yang baru dimasuki relungnya pada beberapa hari lepas dimana ianya membawa maksud umur setiap makhluk telah bertambah dan semakin hampir untuk pulang ke kampung halaman akhirat. Khatib menyatakan bahawa di kampung akhirat, hanya ada tiga pilihan penempatan sahaja iaitu jannah, a'raf dan an naar...pilihan itu perlu dibuat di dunia...bukan selepas menutup mata. Ertinya kitalah yang akan mendapatkan tiket itu di kaunter dunia dengan membelinya bukan melalui wang ringgit, tetapi melalui akaun amalan dan tiket itu hanya akan kita ketahui di saat kita menghadapi sakarat k