Catatan

Tunjukkan catatan dari September 12, 2009

Akhirnya nenda pergi jua

Imej
17 Ramadhan 1430 Badar Al Kubra Nuzul Al Quran Syahid Imam Ali b Abu Talib Sekitar jam 5.00 petang ketika penulis menghubungi isteri melalui telefon bimbit, terdengar suara riuh ibu penulis. Rupanya nenda yang kukasihi telah pergi buat selama-lamanya ... Innalillahi Wainna Ilahi Rajiun ... Nendaku, Hajjah Saleha bt Hj Abd Jabbar, telah menderita sakit buah pinggang sejak Februari 2009. Beliau terlantar uzur tidak boleh bangun dan sering keluar masuk hospital. Penulis sempat menjenguk nenda sekitar 2 hingga 3 kali sejak beliau terlantar. Makan, pakai dan urusan buang air semuanya sudah tidak terdaya untuk dilakukan sendiri. Hanya mak cik sahaja yang menguruskan kehidupan beliau. Tatkala lawatan kami sekeluarga ketika beliau mula-mula dimasukkan ke wad, beliau masih boleh bercakap, tersenyum dan ketawa. Dalam hati, doa-doa dipanjatkan agar beliau semakin cepat sembuh. Lawatan kedua menyaksikan nenda terlantar di rumah. Makcik telah membelikan katil khas untuk beliau. Lengan beliau sudah

Fasa ke III Ramadhan

22 Ramadhan 1430 Sedar tak sedar rupanya penulis sudah masuk ke fasa III Ramadhan ..Fasa yang menjanjikan pembebasan dari Api neraka yang membakar ...Fasa yang terkandung di dalamnya malam anugerah gemilang seribu bulan ... adakah nama penulis tercatat dalam senarai penerima anugerah berprestij tersebut? Adakah nama penulis tersenarai dalam 'list' manusia yang bakal dibebaskan dari neraka? Ini adalah petikan dari e-mail yg diterima PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN. PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI: I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN; III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHA