Kisah Aku & PPT Part IV : Selamat Datang Dunia Akademik
2009 Sekali lagi penulis di arah berpindah ke pejabat baharu untuk memulakan tugas dengan jawatan baharu. Apabila dinaikkan gred, maka mahu atau tidak mahu, pertukaran akan berlaku. Untuk kenaikan gred, penulis melalui dua sesi temuduga. Temuduga kali yang pertama menemui kegagalan. Penulis juga sudah lupa tarikhnya. Hanya pada kali kedua penulis berjaya... Masuk ke pejabat baharu yang terletak agak terasing dari ibu pejabat. Deretan rumah kedai beberapa tingkat. Jawatan penulis juga adalah merupakan post baharu untuk pejabat tersebut. Maka ianya memang sangat baharu. Walau staf sedia ada tidaklah baharu. Namun suasana kerja baharu kadang² tidaklah terlalu mengujakan. Jika sebelum ini penulis berurusan dengan staf yang akan keluar organisasi untuk cuti melanjutkan pengajian,kini penulis ditempatkan di lokasi yang menjadi penempatan staf berkaitan. Penulis diarah berada di sub unit pejabat untuk mengurus pengajian pelajar sarjana tinggi. Unit tersebut hanya mengandungi dua orang staf