Deepavalee..
Menjelang jam 12.00 malam, gamat sekitar rumah bapa mertua penulis yang terletak di puncak desir angin dengan bunyian letupan mercun disekitarnya. Rupanya malam ini adalah malam deepavalee..Suasananya sama sahaja dengann perayaan malam Tahun Baru Cina dimana mereka juga meletupkan mercun dihadapan rumah mereka. Sama juga dengan malam hari raya eid yang membunyikan mercun lebih awal, sebaik sahaja usai iftaar terakhir.. Mungkin semangat 1 malaysia tajaan kerajaan telah menyerap ke dalam sanubari rakyat menyebabkan merka ijmak untuk menandakan permulaan hari kebesaran mereka dengan dentuman mercun. Mercun dalam budaya masyarakat China bermula apabila mereka cuba untuk menghalang kedatangan sejenis makhluk yang cuba menyerang kampung mereka. Dengan bunyian tersebut, makhluk itu melarikan diri ketakutan. Maka bunyian itu terus dibudayakan dalam masyarakat mereka. Penulis kurang arif pula dari mana dalilnya bunyi dentuman mercun di kalangan muslim dan penganut hindu. Dentuman mercun sudah d