Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 15, 2012

Kembara Suci

Imej
31 Mei 2012 Jam 11.00 malam… Persiapan terakhir untuk memulakan kembara suci. Solat sunat musafir diiringi doa musafir. Barang-barang keperluan seperti pakaian dan juga kegunaan harian seperti ubat gigi dan kosmetik lain telah disiapkan isteri. Hanya menunggu saat kenderaan adik disiapkan bagi memulakan program .. Sekitar jam 11.30, kami bergerak menuju ke rumah ibu mertua penulis. Sudah ramai sanak saudara yang hadir untuk memberikan doa dan ucapan-ucapan yang baik. Akhirnya, azan di laungkan oleh Hussaini dan doa dibaca lantas kami pun bergerak menuju ke masjid dimana kawasan atau lokasi yang dijanjikan untuk membawa kami ke KLIA. Sekitar jam 12.15, tatkala tiba di perkarangan masjid, sudah ramai jamaah yang telah tiba untuk bersama memulakan kembara ini. Bas yang dijanjikan masih belum tiba. Jumlah sanak saudara yang menghantar lebih ramai daripada yang jamaah yang bakal menyertai misi ini. Suasana awal pagi khamis ini agak meriao dengan suara sanak-saudara yang hadir