Kelas Kokurikulum V
Kelas yang kelima, penulis tiba sekitar jam 5.05. Tatkala itu hanya ada lima orang pelajar sahaja yang berada di dalam kelas. Hujan sedang turun dengan agak lebat di luar sana. Sementara menantikan kehadiran yang lain, penulis memasang peralatan mengajar. Masa terus berlalu. Kumpulan yang hadir mula bertambah sedikit demi sedikit. Alasan mereka ialah hujan lebat membuatkan pergerakan terbatas. Penulis memulakan kelas dengan pembentangan kertas kerja projek oleh pengarah program dan diikuti oleh perbincangan berkaitan solat-solat sunat yang disunatkan berjamaah serta kelebihan solat berjamaah manakala kumpulan kedua membincangkan tatacara imam dan makmum dalam solat berjamaah. Hasil perbincangan membuahkan hasil dimana kumpulan pertama dilihat mempertahankan kesunahan (pen:)solat sunat hajat secara berjamaah manakala kumpulan kedua cuba untuk membantah solat hajat secara berjamaah. Alasan kumpulan kedua, solat sunat hajat secara berjamaah tidak mampu untuk menyatukan niat para pesertany