Audit Kerajaan Baru
23 Zulkaedah tahun ke 1439 hijrah Ar Rasul penulis diamanahkan sebagai juruaudit untuk membuat pemeriksaan audit susulan bagi sub organisasi. Penulis hanya membantu ketua juruaudit untuk membuat pemeriksaan. Pengauditan adalah berkisar mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Penulis tiba di lokasi beberapa minit sebelum kemunculan ketua juruaudit. Kehadiran kami disambut oleh lima orang auditee yang terlibat secara langsung dengan proses pengauditan di lokasi. Kami disuguhkan dengan air mineral secawan plastik jernih. Selepas membuat pemeriksaan dokumen untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan tindakan yang dilakukan untuk membuat penambahbaikan terhadap komen audit sebelum ini, kami kemudian berarak menuju ke beberapa lokasi untuk melihat keadaan sebenar beserta bukti² penambahbaikan. Audit berakhir sekitar jam 10. 30 pagi. Mentari agak garang pada waktu dhuha itu. Audit susulan dibuat untuk melihat perkembangan terhadap teguran auditor yang dibuat beberapa bula