Seronoknya bercouple?
Amalan bercouple atau diistilahkan sebagai hubungan yang berlaku di antara lelaki dan perempuan bukan mahram sebelum bernikah secara sah telah menjadi suatu trend yang muncul di negara kita, mungkin seawal zaman kerajaan kedah tua lagi, atau lebih awal dari itu lagi. Cuma kaedah pelaksanaan amalan tersebut mungkin berbeza dan mengalami proses evolusi yang amat panjang. Sejak zaman berzaman, proses bercouple itu mengalami evolusi yang panjang, daripada hubungan cinta di sebalik perasaan malu yang amat menebal serta pengamalan budaya yang agak melarang keras hubungan antara dua jantina tanpa sebarang hubungan yang sah, hinggalah ke suatu zaman di mana seorang gadis yang menutup wajahnya dengan niqab tetapi masih mampu berbual melalui tulisan dengan seorang lelaki berjanggut sejemput meskipun dipisahkan oleh jarak dan juga lokasi. Dimana-mana sahaja kini, kita akan mampu menyaksikan golongan pengamal couple ini berada. Mereka bukan sahaja berada di taman-taman bunga seperti yang