Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 20, 2010

Salam Jumaat

Imej
Jumaat pertama Rabiul Awwal penulis berkesempatan solat Jumaat di masjid sementara yang berhampiran dengan muqim penulis. Berkebetulan penulis bercuti pada hari tersebut. Terasa begitu besar nikmat apabila cuti pada hari Jumaat. Banyak perkara bersangkutan dunia dan akhirat yang dapat diselesaikan pada hari ini. Berkebetulan pula hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran puteri sulung penulis, untuk tahun yang keempat. Solat Jumaat di masjid sementara duduk di saf yang kebelakang, khutbah yang dibacakan oleh al hafiz hanya sayup-sayup sahaja kedengaran. Berkemungkinan alat pembesar suara masjid tersebut gagal berfungsi dengan baik. Bahkan suara kanak-kanak yang hingar bingar di sekitar bangunan lebih menghiasi susana solat Jumaat di situ. Penulis gagal untuk menangkap peri butir yang hendak disampaikan oleh khatib. Hanya termanggu-manggu cuba mendengar. Begitulah kesilapan yang sering berlaku pada hari Jumaat di masjid atau qaryah yang terpencil. Hendak dikatakan tiada peruntukan ke