Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 14, 2013

Syaaban dan makan-makan

Imej
Marhabaan ya Syaaban...ia kembali muncul tahun ini. Ia menjadi jiran terdekat sebelum bulan seribu bulan muncul.  Sepertimana biasa Syaaban muncul selaku bulan penuh dengan acara makan percuma di masjid, surau bahkan rumah dan tidak ketinggalan di pejabat-pejabat. Umat Islam nusantara khususnya di bumi Malaysia kerap kali akan menyambut kedatangan syaaban dengan kenduri dan makan-makan.. Selalunya mereka akan membuat kenduri arwah..mengirimkan cebisan doa buat keluarga tersayang yang berada di pusat tahanan barzakh .. Kadang-kadang dalam satu malam ada 3-4 buah rumah buat kenduri. Bulan ini yang paling kenyang ialah tuan imam dan tuan bilal. Hingga kadang-kadang terpaksa dibahagi-bahagikan jamaah dan pembawa bacaan tahlil. Tetapi ada sesetengah lokasi yang sanggup menunggu jamaah datang ikut giliran, hingga ada yang menjejak ke dinihari. Rumah terakhir dilawati tentu agak hambar dek kerana kekenyangan dan mengantuk serta kepenatan .. Cuma penulis tertarik dengan kuliyyah