Air oh air
Keadaan krisis air di hujung semenanjung emas kedengaran semakin meruncing. Ironinya, masalah tersebut lebih tertumpu di kawasan tengah hujung semenanjung. Dengan memiliki lapan empangan air yang kian menyusut, pihak penguasa dan pengurus bekalan air di kawasan tersebut telah menguatkuasakan catuan bekalan air berjadual yang lebih ketat. Jika pada Februari bekalan dicatu selama 24 jam, kini ianya dicatu selama 48 jam mulai Mac hingga akhir bulan. Adakah menjelang April, catuan akan lebih diperketatkan lagi? Apakah kita memang menuju kepada krisis air terbesar dalam sejarah semenanjung emas moden? Bayangkan jika Allah tidak menurunkan hujan selama setengah tahun. Ini bermakna hujan akan mula turun mulai bulan ogos, selepas melalui bulan syawal dan juga ramadhan. Adakah pihak berkuasa atas penjagaan air hanya melihat dan pasrah sahaja membiarkan hampir 150,000 penduduk kawasan tengah ini menderita ketiadaan air? Adalah sesuatu yang agak pelek pabila catuan ini hanya dikenakan d