Debaran seorang ayah ...


Dalam debaran menantikan kelahiran bakal anak ke dua .. Aku kembali ke hospital kluang untuk pemeriksaan degupan jantung bayi dalam kandungan isteri. Alhamdulilla segalanya berjalan lancar. Namun. jam 2 petang, kami harus ke klinik kesihatan pula untuk pemeriksaan rutin mingguan. Mmm

Dalam suasana yang agak merimaskan ini, tatkala singgah solat Zuhur di jame' bandar Kluang, masjid hebat tersergam milik pemerintah, hanya ada satu saf sahaja, itupun tidak penuh...
Terfikir sejenak, sampai bilakah keadaan ini akan terus berlaku? Tiadakah apa-apa tindakan untuk menambahkan bilangan jamaah? Adakah AJK cukup hanya berpuashati dengan bilangan jamaah yang ada? Macammana kalau ditaqdirkan 70% jamaah yang ada meninggal dengan tiba-tiba, adakah ini akan bermakna masjid tersebut hanya akan didatangi oleh baki jamaah yang tinggal dan lama kelamaan akan menjadi muzium?

AJK masjid dan surau di seantero negara perlu memerhatikan perkara ini. Selalunya AJK ini lebih tertumpu untuk mengadakan program keagamaan bermusim, seperti program sambutan maulid, program isra' mi'raj dan pelbagai program lagi tanpa memikirkan bagaimanakah cara untuk menambah jumlah rakan masjid dan surau.

Sekiranya mentaliti AJK masjid/surau tidak dapat diubah, maka dalam masa 5 - 10 tahun masjid/surau akan kosong tanpa manusia dan tinggal menjadi muzium semata-mata ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol