Hujung minggu yang menarik



Jumaat malam (13 Syaaban 1429) aku berada di rumah bapa saudara isteri, bersama bonda dan puteriku hanya untuk meraikan 'malam rewang' mengikut bahasa yang biasa dipakai oleh Melayu Malaysia. Malam ini selalunya dihiasi dengan pelbagai acara melibatkan sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga sekampung, sahabat handai dan taulan untuk bersama 'membantu' tuan rumah kununnya...Tapi hakikatnya yang membantu dan menolong dah di sub-kontrak kepada orang luar. Jadi selaku saudara mara, sekadar 'memantau' dan menghabiskan lauk-pauk khususnya untuk group rewang.

Tak tau le apa nak ditolong. Di dapur, angkatan tukang masak dah siap dengan bala tenteranya. Di dalam penuh dengan wanita. Akhirnya tercelapak di tepi pagar berbatu marmar. Wah...menariknya ada karaoke ... hum sesuatu yang amat tidak disangka. Dan yang paling tidak disangka ialah ianya dipelopori oleh golongan veteran termasuk imam........Meskipun menyanyikan lagu-lagu Arab ...

Tidak perlu saya nyatakan hukumnya tetapi boleh dirujuk di

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic73_2001.htm dan juga
http://forum.jiwang.org/index.php?showtopic=5649&mode=threaded

Dan majlis walimah berlangsung dengan begitu meriah pada siang 14 Syaaban 1429. Semuanya berjalan lancar meskipun menjelang Zuhur hujan turun agak lebat hingga membasahi dedaun dan rumput serta pakaian ahli rewang ... Walau bagaimanapun, ianya agak menyamankan dan menyenangkan kerana hujan berhenti menjelang jam 1.45 petang dan suasana mendung hingga majlis selesai ...

Mmm .. ini adalah sejarah pertama dalam lakaran hidupku bersama dengan anggota keluarga dan sahabat handai qaryah tersebut untuk menolong atau 'rewang'



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol