Polemik Syiah-Sunni


Beberapa dawarsa ini aku mengenali seseorang yang kelihatan berminat dengan jamaah .. Sebenarnya sudah terlalu lama aku ketandusan rakan yang boleh berfikir mengenai Islam dalam keadaan latar belakang pendidikan mereka berada di luar lingkungan pendidikan syariah yang formal .. Aku mengkagumi sahabat ini kerana kerap berulang alik ke masjid .. Petanda bahawa ada sesuatu di dalam benak fikirannya yang boleh membawa kepada keuntungan Islam .

Maka aku mencubanya dengan membawa beberapa perkara yang berkaitan dengan fahaman syiah .. ternyata beliau amat anti dengan manusia penganut mazhab syiah ini hingga berani menyesatkan mereka 'kulluhum ajmain'

Aku terangkan kepada beliau sebagaimana yang kufahami dari pembacaanku, selagi mana golongan ini tidak mengkafirkan sahabat-sahabat besar (Abu Bakr, Umar, Usman dan lain-lain) maka selagi itulah mereka masih boleh didekati dan tidak boleh mengkafirkan mereka. Perkara ini telah jelas diterima bahkan fatwa dari Al azhar sendiri telah menjelaskan bahawa Syiah adalah merupakan salah satu fahaman Islam yang boleh diterima ..

Namun nampaknya ia tidak boleh menerima .. lantas aku dilabel sebagai syiah ... hehehe
Aku memang sudah sedia maklum sejak zaman persekolahan lagi, aku sudah dicop Syiah .. Ini kerana aku memang menampal gambar pemimpin besar, Ayatollah Khomeini di dalam 'locker' baju bilik hostel. Aku juga dicop syiah tatkala aku berada di peringkat universiti. Dan kini aku masih lagi dengan label itu ... Aku bukanlah syiah yang asli kerana aku hanya bersimpati dengan gerakan syiah .. Aku mengkagumi pimpinan mereka .. Mengkagumi gerak kerja jihad mereka .. Namun sentimen anti-syiah sebenarnya telah melebar luas di segenap urat saraf golongan ultra sunni yang masih lagi mengamalkan tahlil di hari-hari kematian, walhal ianya juga berasal dari amalan syiah ..

Kasihan sekali golongan yang telah diracuni urat saraf mereka dengan kepekatan fanatisme terhadap teori sunni tradisional yang awal-awal melabel bahawa syiah adalah golongan sesat yang mengkafirkan sahabat Rasulullah SAW... Golongan ini enggan da segan untuk membaca artikel dari pihak Syiah .. dengan pelbagai alasan dangkal .. Walhal pihak Al Azhar, institusi pengajian tinggi Islam yang masih wujud tinggalan zaman Fathimiyyah telah mengeluarkan fatwa (sebagaimana imej) yang jelas mengenai golongan ini ..

Marilah kita berlapang dada dalam masalah ini tatkala umat Islam sedang dikepung dari segenap ceruk oleh musuh Islam yang sememangnya inginkan agar perbezaan pandangan ini diperluaskan lagi agar umat ini menjadi semakin lemah ..

Seorang sahabat yang amat pro syiah pernah berkata , " Kalau kau tengok dan bandingkan, geng Syiah ni lebih bersungguh-sungguh untuk Islam...Mereka dah dirikan daulah Islamiyyah, bukan seperti Saudi yang mendirikan dinasti, mereka dah ada persenjataan yang lengkap (nuklear dan juga tentera Hizbollah) , tatkala kaum sunni masih lagi terkeseng-keseng dengan Syaitan besar (USA dan segala sekutunya) . Paling kuat pun kaum sunni hanya mampu meletupkan diri di tengah-tengah pasar .. kaum Syiah dah pernah menyerang Israel .. Adalah seorang pemimpin Arab yang pernah serang Haifa di Israel, tapi itu atas nama nasionalisme Arab, bukan jihad Islam ...." Jadi fikir-fikirkanlah ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol