walimatul urus alternatif
1 Ogos 2009
Sekitar jam 11.00 pagi, penulis dan keluarga bergerak menuju ke Taman Duyung di Melaka untuk menghadiri majlis walimah kelolaan datuk saudara. Singgah minum di kedai minum stesen keretapi yang tersohor … Maka terdapat sedikit penggambaran yang dilakukan di sana, untuk terbitan Siaran Suria milik stesen TV negara jiran. Memang banyak penggambaran yang dijalankan di kedai minum tersebut. Jika kita berpeluang untuk minum pagi di sana, janganlah kita melepaskan peluang tersebut. Bawalah anak dan keluarga ke sana. Harganya masih murah. Menunya sangat asli – nasi lemak, mee hoon, mee kasar, pelbagai jenis dan rasa roti bakar, telur separuh masak, kopi (bagi para penggemarnya) dan suasana manusia yang begitu sesak hinggakan terpaksa menunggu giliran untuk makan atau minum. Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa kedai minum yang bermula dari kantin stesen keretapi itu telah memulakan perniagaannya sejak tahun 1930 an lagi …Sudah terlalu banyak publisiti yang dbiuat melalui media massa. Bahkan sekarang sudah mempunyai beberapa cawangan di seantero negara. Hak milik peniaga Cina muallaf, terus dikembangkan oleh kaum kerabat beliau yang berketurunan Cina. Sungguh bangsa ini amat hebat dalam menjalankan kegiatan ekonomi sehingga mampu bertahan untuk beberapa generasi…Bagaimana pula dengan peniaga Melayu-Islam yang mendakwa bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu namun masih gagal untuk membangunkan empayar perniagaan sehebat Anandand Krishnan, atau nama-nama besar lain yang masih memakai gelaran anak lelaki atau anak perempuan? Memang tidak dinafikan ada seorang dua yang mampu berjaya dan membangunkan empayar namun bilangannya amat kecil dan menyedihkan… “Cukuplah….daripada tak ada langsung..” Hmm…itulah bunyi yang biasa kita dengar. Jarang sekali kalau kita mahu mendengar “Wujudkanlah lebih banyak lagi manusia seperti Tan Sri Bukhari (?) “ Kenapa Melayu begitu?
Dan perjalanan ke Melaka diteruskan sehinggalah akhirnya tiba ke destinasinya selepas berpusing-pusing beberapa kali. Plan yang diberikan amat mengelirukan dan rasanya hanya sesuai untuk penduduk yang bermastautin di sekitar kota yang pernah bangun menjadi empayar Islam yang tersohor suatu ketika dahulu sahaja. Namun, pencarian yang agak melemaskan itu rupa-rupanya membuahkan hasil yang terlalu manis. Selepas beberapa tahun menghadiri majlis perkahwinan, inilah satu-satunya majlis walimatul urus yang paling bersejarah dan berprestij. Selalunya apabila dijemput ke sesuatu walimah, maka apa yang sudah terbayang di ruang lingkup pemikiran kita ialah nasi minyak/baryani, lauk ayam masak merah, dalca, air sirap, atau bagi yang agak berada terdapat beberapa jenis air, dengan bunyi-bunyian lagu yang pelbagai sama ada secara live atau rakaman. Juga terdapat Dee Jay yang sibuk mengusik pengantin juga sanak saudara. Paling seronok kalau ada karaoke, atau sedikit masa dahulu, (sebenarnya sekarang pun sudah muncul kembali) pasukan band yang akan bermain sehingga ke larut malam. Terdapat juga walimah yang diserikan dengan lagu dan tarian tradisional seperti zapin dan kuda kepang atas nama memelihara warisan budaya…
Namun majlis yang dihadiri pada hari ini amat berbeza. Alunan muzik tetap ada tetapi mengalunkan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan, memuji Nabi Saw. Diselang selikan dengan bacaan hadis Nabi SAW. Lagu-lagu dibawa secara live. Tiada istiadat bersanding, hanya pasangan pengantin keluar dan bersalaman dengan para tetamu. Pengantin perempuan memakai purdah dengan jubah putih juga dengan mahkota di kepala manakala pengantin lelaki berpakaian baju melayu putih lengkap. Penulis merasa amat terkesan dengan suasana yang penuh dengan pengisian kerohanian. Wallahi .. tidak pernah menulis menemui majlis seumpama ini. Ada juga majlis tanpa bunyian. Senyap sunyi. Itu juga lebih baik dari suara berkaraoke yang kadang-kadang penyumbang suaranya amat merosakkan lagu.
Cukuplah sebenarnya majlis walimah itu hanya seqadar dengan paluan kompang yang menjadi alat pemakluman akan majlis walimah. Nabi SAW sendiri memerintahkan agar dilaksanakan majlis walimah tetapi bukan dengan memperbanyakkan makanan, bunyian, nyanyian dan pelbagai perkara lagha lagi untuk semata-mata melayan dan memuliakan tetamu juga pengantin, walhal sebenarnya menyakitkan jiran dan juga jemputan yang hadir. Mengapa kita masih meneruskan siri-siri pembaziran dengan mengadakan majlis yang hebat di lokasi yang berprestij dengan makanan , pakaian dan persiapan yang penuh dengan kemewahan, kesombongan, ketakburan dan pembaziran? Terdapat satu rancangan televisyen mingguan yang mana akan memaparkan majlis-majlis perkahwinan golongan elit. Maka para penonton akan teruja serta berriltizam untuk meniru bentuk-bentuk kemewahan itu dengan cara mereka sendiri sama ada mencari pasangan yang kaya raya, atau mengumpul sebanyak-banyak harta untuk merealisasikan impian mereka itu. Sayangnya kita hanya berfikir untuk bermegah dan berbangga pada masa majlis sahaja tetapi berapa ramai di antara kita yang mahu memikirkan serta menghayati falsafah sebenar walimatul urus dan kaitannya dengan kehidupan berumah-tangga yang akan dilalui sepanjang hayat dengan pasangan masing-masing? Bagaimanakah turunnya mawaddah, ketenangan dan keseronokan serta keredhaan Ilahi jika permulaan kehidupan bersama disogokkan dengan membesarkan duniawi tanpa memikirkan keuntungan akhirat? Maka teruslah kita tenggelam dalam dogma serta bertopengkan adat resam dan budaya dengan diselami adat Islam (pelik ya…Islam hanya menjadi adat bukan Deen yang menyelusuri segenap aspek kehidupan Muslim). Meneruskan kelangsungan ini sehingga kiamat tanpa boleh dirobah bahkan boleh ditambah dengan pelbagai acara kemegahan. Lagha dan sedikit Islami bagi melazatkan lagi rencah bagi memudahkan lagi jalan-jalan kearah kesesatan yang menyebabkan syaitan bukan menangis tatkala seseorang anak adam itu dinikahkan sebagaimana maksud hadis yang dibacakan semasa khutbah nikah, bahkan ketawa terbahak-bahak melihat anak-anak Adam terus tertipu semasa majlis meraikan pengantin. Sayang sekali. Apatah lagi jika diserikan dengan hidangan arak dan jamuan ala barat tanpa mampu menoleh lagi kepada syariat. Maka tidak hairanlah jika statistik perceraian terus naik secara mendadak mengikut laporan pihak di jabatan-jabatan agama negeri. Hatta sudah wujud pasangan yang baru beberapa bulan berkahwin sudah lancar mulutnya melafazkan talak kerana gagalnya mereka menghayati falsafah pernikahan yang sebenar. Meskipun mampu bercinta bertahun-tahun, namun apabila berkahwin, segala yang diimpikan hancur berantakan.
Rakaman semasa majlis walimah tersebut - ada nasyid tu secara live..

Ulasan