Ramadhan datang lagi

1 Ramadhan 1430 .. Akhirnya .. syukur alhamdulilah Allah masih lagi memberikan kita kesempatan untuk sekali lagi menyambut kehadiran Ramadhan ..bulan penuh keberkatan dan maghfirah ..

Hati agak terusik dengan lagu Ramadhan 2 zaman yang sering berkumandang di radio IKIM sejak hari-hari terakhir Syaaban .. Entah bila kita akan mula memperkasakan lagi diri untuk meningkatkan tahap puasa kita ..

Bukankah Al Ghazali telah menyatakan bahawa puasa manusia itu terbahagi tiga .. Puasa orang awam yang hanya menahan lapar dan dahaga, serta menahan dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa namun masih terjebak dengan dosa-dosa mata, lidah, telinga dan sebagainya .. Inilah puasa yang disifatkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud, " Berapa ramai manusia yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa2 dari puasanya melainkan lapar dan dahaga.."

Puasa org khusus yang berpuasa dengan menahan diri dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa dan juga menahan anggota2 lain dari melakukan perkara sia-sia apalagi dosa .. sepertinya berpuasa juga matanya, lidahnya, telinganya dan anggota2 lain dari terjebak ..

Apakala puasa orf yang khawasus khusus pula ialah orang yang berpuasa dari segala-galanya melainkan hanya menumpukan ingatan kepada Allah semata-mata. Inilah puasa golongan para anbia', sadiqin, ...

Bagaimanakah tahap puasa kita pada tahun ini? Adakah kita ada berusaha untuk meningkatkan kualiti puasa kita? Kita sering berlumba-lumba untuk mengambil peperiksaan PTK guna untuk meningkatkan kompetensi bertujuan untuk menambah mata gaji ataupun untuk mengejar pangkat duniawi, namun kenapa kita enggan meningkatkan maqam puasa kita saban tahun? Bagaimana kalau ini merupakan Ramadhan kita yang terakhir?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol