Dynamic development

4-6 September 2009 .. Di Savannah Hil JB .. Sekali lagi penulis dijemput dan diprogramkan selaku fasilator bagi program ini, Alhamdulillah. Perjalanan bermula dari rumah sekitar jam 10.00 pagi menuju ke HQ untuk menumpang seorang sahabat lama,juga mentor serta manusia yang bertanggungjawab sepenuhnya mengheret aku ke dunia fasilitator ini ..

Kami solat Jumaat di Masjid dalam daerah Kulai Jaya. Masjidnya agak besar dan memanjang. Oleh kerana azan kedua sedang berkumandang, maka perut masjid sudah dipenuhi oleh manusia sehingga melimpah ke tangga. Malang sekali kerana tatkala mencari air dan beratur untuk giliran wudhuk, air seperti tiada yang keluar dari paip lokasi wudhuk. Maka mencarilah kami di persekitaran. Mujurlah, tandas ada air...

Dan suara khatib adalah bagus dengan nada yang cukup bersemangat dengan membacakan isi khutbah yang berkisar mengenai nuzul al quran..

Tatkala iqamah, dan mengambil tempat sebelum takbiratul ula sang Imam, penulis sempat menoleh kebelakang dan didapati jamaah penunggu tangga yang terdiri dari para mumaiyiz bahkan baligh yang berpakaian seragam sekolah peringkat menengah masih setia menunggu tangga...Innalillah hi wa inna ilaihi rajiun..mengapa mereka begitu? Siapa yang patut bertanggungjawab..? Kenapa para ahli qaryah yang ada sekqadar melihat sahaja kelakukan mereka?

Usai solat jama' & qasar, perjalanan diteruskan. Singgah sebentar di pasaraya Giant berdekatan untuk membeli sedikit bekalan..

Tiba di lokasi sekitar jam 3 petang. sempat tidur sebentar di bilik penginapan. Kemudian memulakan persiapan untuk aturcara jam 5 - 7 petang.

Memandangkan Ramadhan sedang berlangsung, aktiviti yang dirancang solid sehingga tiba waktu berbuka. Ice Breaking yang dirancang dapat berjalan dengan begitu lancar sekali. Lagu "Saya Ada Belon...Belon Saya Besar ... Kalau Tidak Besar ... Bukanlah Belon Saya" mengembalikan nostalgia lampau ketika terlibat dengan program-program pembangunan manusia juga anjuran organisasi yang sekarang sudah "dikuburkan" tanpa talkin dan nisan...

Solat Maghrib dan Isya' ditakhirkan dan membolehkan para peserta dan fasi menikmati jamuan iftar dengan sepenuhnya. Tarawih yang dilaksanakan selepas Isya' sekitar 8 + 3 rakaat.....

Selepas tarawih, adalah LDK I dengan masuk ke dalam kumpulan kecil. Aku memegang kumpulan yang terdiri daripada 11 orang. Tugasan di sini ialah membina dan mendapatkan personaliti ahli. Mereka di suruh memilih empat jenis bentuk, 4 segi, bulau, tiga segi dan wave. Rata-rata memilih wave dan bulat, seorang memilih bentuk 3 segi dan seorang, yang merupakan ketua, tiada bentuk yang dipilih....

Juga dikaitkan bentuk-bentuk tersebut dengan idola di luar dan dalam negara. Ada yang memilih Mr Bean selaku idola memandangkan beliau meskipun dikenali sebagai pelawak yang membuat lawak agak simple, namun beliau bukanlah manusia kosong. Beliau merupakan pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi di UK. Sang ketua u kumpulan, yang tiada berbentuk itu mengemukakan Rasulullah selaku idolanya..Alhamdulilla

Apabila dibentangkan mengenai idola dalam negara, ada yang memilih ulama, negarawan dan pelbagai lagi...Aku memang kagum dengan group ini sejak mereka menjalani program Jati Diri di desaru lagi...

Dan Subuh 5 September menyaksikan musalla dipenuhi remaja-remaja ini. Sahur yang dijadualkan dari jam 4.30 hingga Subuh menyaksikan sambutan yang kurang menggalakkan. Penulis sendiri hanya menjamah sekeping roti, dan kemudian pulang ke bilik untuk makan biskut oat...Kuliah Subuh berkisar mengenai Ramadhan

Aktiviti sepanjang hari ini adalah ceramah oleh consultant luar. Ada beberapa ilmu yang dapat dipelajari antaranya mengenai kaitan nombor berdasarkan tarikh lahir dan kerjaya yang sesuai untuk diceburi. Juga beberapa lagu yang menyeronokkan..

LDK bersama fasi bermula selepas jam 5 petang. Dikendalikan oleh mdm, kerusi disusun dalam kawasan dan mengikut kumpulan, mereka perlu bergerak mengikut lorong dan arahan dari Ketua Kumpulan yang duduk ditengah-tengah lorong, dengan mata yang ditutup kain penutup hitam. Arahan secara vokal dikeluarkan dalam bahasa Inggeris. Para fasi bertugas seperti biasa untuk provok dan melengah-lengahkan mereka..Selesai program, terus ke acara mengikat tangan menggunakan tangan bagi membentuk bulatan. Kesemua program berakhir sebelum jam 6.30

Usai tarawih, aktiviti kembara minda bermula. Penulis ditempatkan bersama guru para fasilitator dan tuan. Aktiviti di CP kami ialah bagaimana menyelesaikan masalah memindahkan si cacat oleh sibuta dan sibisu dengan dibantu oleh hanya seorang sahaja yang sempurna. Kesimpulan di sini, ialah bagaimana memilih para penjawat jawatan tertentu mengikut kriteria yang sepatutnya. Program berakhir jam 2 pagi dengan acara bbq. Ada udang, ikan, sutung dan lain-lain...

Subuh 6 September agak menyedihkan. Penulis bersama Kem Komandan dan pembantunya bergerak ke bilik mereka untuk mengejutkan mereka. Sayangnya tidak semua dapat hadir
Bagi penulis, solat subuh berjamaah dalam program seumpama ini adalah salah satu indikator bagi menunjukkan sama ada para peserta benar-benar telah menginsafi diri, mengenal diri serta mampu berubah atau tidak. Dengan jumlah jamaah yang sangat berkurangan, membawa satu kesimpulan, bahawa mereka sebenarnya masih gagal dan masih terus berada di takuk lama...

Aktiviti terakhir pada hari ini adalah fantasy island yang dikendalikan oleh mentorku...remaja ini akan cuba menyelesaikan jigsaw puzzle dengan beberapa siri gangguan oleh para fasi dalam misi untuk menggagalkan kerja-kerja mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol