Dari W27 ke N27
Sebaik sahaja penulis tamat pengajian di ITM Melaka pada Julai 1996, penulis tidak hanya duduk berserunuks di rumah semata-mata. Penulis dan sahabat sekampung penulis, Pojie, begitu aktif mencari pekerjaan. Hampir setiap hari bertemu dan masing-masing memikirkan plan untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Tapi yang paling penulis ingat ialah dalam satu hari di bulan Ramadhan, penulis dan juge Pojie menunggang motor ke Pt. Raja Batu Pahat apabila mendapat maklumat mengenai kekosongan jawatan di kilang Fujitsu. Masa tu tak kira. Apa sahaja peluang yang datang perlu segera disambar. Kami tiba di kilang tersebut agak awal pagi. Selepas mengisi borang di pejabat pengawal, kami terus ditemuduga oleh salah seorang penyelia (?) dan seterusnya layak untuk temuduga secara bertulis. Selepas temuduga bertulis, didapati kami layak pula untuk temuduga peringkat akhir. Untuk itu, kami terpaksa memakai pakaian khas bersama kasut khas (agak pelik..dah macam nak masuk reaktor loji nuklear le pule). Semasa temuduga yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris, penulis menjawap main hentam sahaja....manalah penulis hebat in english nih...tapi kata sahabat penulis, beliau dapat menjawap dengan yakin..
Maka selepas selesai sesi temuduga, kami berangkat pulang semula. Penulis adalah pembawa motor manakala pojie adalah penumpang...tiba di hadapan kilang Asahi, motor yang kami tunggangi telah bocor tayar belakangnya. Ini telah mengakibatkan kami terpaksa menyorong motor tersebut secara bergilir-gilir dalam cuaca panas terik di tengahari Ramadhan sehingga beberapa km barulah kami menemui kedai untuk membaiki atau menukar tiub motor tersebut...
Dan keputusan yang kami terima seminggu selepas itu adalah menghampakan .... hampeh...
Kami berdua juga pernah menerima panggilan temuduga selaku guru sementara. Selepas ditemuduga dalam masa lebih kurang seminggu, kami berdua telah dipanggil untuk mengajar di Sek. men. Paloh, Kluang. Perghh.... beberapa hari sebelum itu, kami berdua telah pergi ke sek tersebut juga dengan menunggang motor yang sama (JDB 743 berwarna merah jenis Yamaha 110) memandangkan sebahagian daripada jalan untuk tiba di Paloh masih dalam keadaan tanah merah, tanah liat. Setelah hampir sejam menunggang dalam keadaan bergegar satu badan, kami tiba di sek.tersebut. Bagaikan dua orang gangster, kami masuk dan berjalan disekeliling sekolah memerhatikan gelagat pelajar yang berkebetulan sedang menikmati sesi rehat jam 10 pagi. Sekolah tersebut adalah majoritinya pelajar berbangsa Cina. Nampaknya Pojie kurang bersetuju dan penulis juga mengambil keputusan yang sama
Beberapa hari kemudian, selepas mendapat berita daripada sahabat di Johor Bahru (Tok Siak), kami memohon untuk jawatan Pen. Peg. Penaksir gred W27 di Majlis Agama Islam negeri Johor....huhuhuu. Dan selepas beberapa minggu, kami telah dipanggil untuk temuduga, mereka ialah penulis, pojie, amai dari kluang. Kami telah bergerak dalam satu kenderaan yang dipandu sendiri oleh saudara Pojie. Kami tiba di Bangunan Majlis Agama Islam Johor sekitar jam 7.45 kalo tak silap ... hehehe
Di sana kami juga menemui Tok Siak dan juga Isfareen .. nampaknya orang ITM Melake je le yang bakal menjajah pejabat2 agama seluroh daerah di negeri Johor nih..
Temuduga yang dijalankan bolehlah dianggap agak mudah. Selepas seminggu atau dalam minggu ke dua selepas tarikh temuduga, aku dan pojie telah menerima surat tawaran, begitu juga isfareen dan tok siak. Ah Mai telah gugur .. mungkin kerana beliau seorang perempuan...tak pe....insya Allah ada hikmah disebaliknya
Dan kami telah melapor diri sebagai Penolong Pegawai Penaksir (kontrak) selama 2 tahun di ibu pejabat MAIJ, JB pada suatu hari Isnin. Memandangkan kami terpaksa menjalani attachment di sana selama 2 minggu sebelum dipostingkan ke daerah, maka penulis tinggal di rumah sepupu penulis di taman Tun Aminah. Berkebetulan sepupu penulis bekerja kilang dan balik ke rumah setelah jauh malam. Beliau juga masih berstatus bujang. Beliau tinggal bersama seorang sahabat sejawat beliau.
Maka bermulalah episod pekerjaan penulis dengan pejabat kerajaan. Setiap pagi selepas Subuh, penulis akan mengejar bas jam 6.45 untuk menuju ke pejabat. Di pejabat, belum ada tugasan khusus yang dibuat. Lebih kepada pengenalan dan juga belajar. Penulis sempat bertemu ulama-ulama yang tersohor seperti Mufti Kerajaan Negeri tatkala itu yang pernah menegur pakaian penulis yang kelihatan agak trendy (ke ketinggalan zaman?)
Dan selepas 2 minggu, surat posting pun dikeluarkan dan alhamdulillah penulis telah ditempatkan di Pej. Agama Daerah penulis sendiri...
Melapor diri di Pejabat Agama Daerah Kluang di hadapan Pegawai Tadbir Agama Daerah (Sebelum ini dikenali sebagai Qadhi Daerah) As Sheikh Hj Mohd Nooh b Ksdri. Begitu bangga kerana dpt bertugas di samping para ulama ...
Masuk di bahagian zakat, baitulmal & wakaf..tiada kerusi dan meja yg terhidang..apa lagi PC atau mesin pencetak..Bersama penulis di bahagian tersebut adalah orang-orang lama seperti Pn Misnah selaku PT/PO Kewangan, En Ahmad b Kassim Pembantu Hal Ehwal Islam, Ustaz Ahmad Daud juga Pembantu Hal Ehwal Islam, Ustazah Rugayah (kini almarhum), juga berjawatan sama , Encik Salimen Samijo, pemandu dan juga en Othman juru visual dibawah Unit Dakwah...
Buat sementara waktu, penulis menumpang di meja En Othman yang kerap kerja di luar. Sememangnya hari-hari awal berada di Pej. Agama agak membingungkan kerana tiada kerja. Jawatan W27 ini sebenarnya merupakan jawatan yang baru bagi MAIJ. Senarai tugas juga sebenarnya masih kabur. Hatta Tuan Qadhi juga turut terkabur dengan fungsi dan bidang tugas sang penolong pegawai penaksir ini ..
Penulis berkhidmat di Bahagian Zakat,Baitulmal dan Wakaf, pengkhususan dalam bidang zakat, iaitu kutipan. Antara tugasan penulis dan rakan-rakan sejawat di lain-lain daerah ialah berusaha untuk meningkatkan kutipan zakat setiap bulan, melalui zakat harta, rikaz, ternakan, perniagaan dan sebagainya. "Ini bermakna kalau kau tak boleh nak meningkatkan kutipan, kontrak kau takkan disambung.." begitulah antara kata-kata rakan di bahagian tersebut yang amat pedih untuk ditelan, dan pedih juga untuk diluahkan kembali.
Memandangkan tidak terdapat satu senarai tugas yang khusus untuk sang penolong pegawai penaksir W27 ini, maka kami mula pakat-pakat untuk melihat sesama sendiri perihal tugasan yang dikemukakan oleh pentadbir di daerah masing-masing. Setakat ini, Tok Siak nampaknya lebih bernasib baik kerana pentadbir di sana lebih pro-aktif dalam mengemukakan senarai tugas. Oleh yang demikian, penulis telah mendapatkan senarai tugas beliau dan cuba untuk diaplikasi di daerah jajahan penulis.
Pejabat Agama telah banyak mengajar dan mendedahkan penulis mengenai medan sebenar dunia pekerjaan di sektor awam. Meskipun hanya bertaraf kontrak, namun banyak perkara yang dipelajari dalam sektor awam ini. Antara perkara yang boleh dikongsi bersama ialah ;
1. Sikap dan tanggungjawab serta disiplin
Secara amnya, kebanyakan penjawat awam kurang menitik beratkan soal disiplin masa bekerja. Meskipun waktu bekerja telah ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang (jadual kerja sebelum diperkenalkan kerja selama 5 hari seminggu), namun wujud penjawat awam yang hanya kelihatan di meja mereka sekitar jam 8.30 ataupun 9.00 pagi. Meskipun mereka tepat pada bacaan yang dicetak di atas kad perakam waktu, namun hakikatnya mereka tidak memulakan kerja seawal jam 8 pagi. Pelbagai alasan yang boleh dikutip antaranya yang biasa kedengaran ialah terpaksa menghantar anak ke sekolah dan menghantar isteri ke pejabat. Situasi yang paling menakutkan ialah apabila kad perakam waktu mencetak masa staf masuk bekerja jam 8 pagi tetapi hingga jam 4.30 staf langsung tidak kelihatan di pejabat.. Perkara ini lazimnya berlaku apabila wujud rakan-rakan sejawat yang 'terlalu pemurah' untuk memberikan khidmat 'punch' kad perakam waktu. Di sesetengah jabatan, perkara ini sudah menjadi amalan biasa yang tidak dipandang serius oleh Ketua-ketua jabatan. Terdapat juga jabatan yang sangat mengambil serius, tetapi jumlah mereka adalah terlalu sedikit.
KOMENTAR & PANDANGAN
Penulis berpandangan jika sudah tepat pada kenyataan di kad perakam waktu jam 8 pagi atau sebelumnya, maka perlulah berada di tempat lokasi bekerja selewat-lewatnya sebelum 8.30 pagi, kecuali jika ada beberapa sebab yang bukan menjadi kebiasaan yang terpaksa dilalui. Jika sekiranya masih gagal untuk muncul di lokasi meja bekerja selepas jam 8.30, semoleknya maklumkan kepada penyelia akan kelewatan kita serta nyatakan sebab yang berkaitan. Penyelia juga sepatutnya lebih berlapang dada dan terbuka dalam hal seumpama ini. Janganlah terlalu memantau pergerakan staf yang hanya sekali sekala berkeadaan sedemikian. Namun, sekiranya sudah menjadi amalan staf tersebut untuk mula bekerja hanya selepas jam 9.00 pagi ke atas, sesuatu perlu dilakukan oleh penyelia sama ada untuk memberikan teguran, amaran atau aduan terus kepada pihak atasan sekiranya keadaan adalah tidak berubah , bahkan menjejaskan pula kualiti kerja.
2. Budaya bermusuhan dan kurang senang
Terdapat satu budaya negatif, yang boleh dianggap 'penyakit' yang menghinggapi para penjawat awam, iaitu bermusuhan, dengki serta khianat. Terdapat penjawat awam yang merasa amat kurang senang dengan kelakuan rakan sejawat. Mungkin juga rasa tersebut timbul disebabkan oleh rakan sejawat yang agak ' terlalu menjaga tepi kain' ataupun 'terlalu rajin membawa mulut' bagaikan internet bergerak (pada masa itu penggunaan internet masih belum berleluasa. Perkara ini terus berlaku dan berlaku hingga akhirnya menimbulkan permusuhan yang besar. Terdapat penjawat awam yang pada mulanya amat baik dan bersahabat, tetapi akhirnya bermusuhan dan tidak bertegur sapa akibat angkara orang ketiga. Meskipun mereka berada di ruang pejabat yang sama, setiap hari mengahadap muka yang sama, namun api kebencian semakin hari turut semakin membara.
KOMENTAR & PANDANGAN
Para penjawat awam sepatutnya lebih berlapang dada dan terbuka dalam menghadapi sesuatu isu di pejabat. Janganlah wujud sikap berlumba-lumba untuk mempamerkan kehebatan dan ketinggian ilmu masing-masing. Wajib kita sedar bahawa segala sesuatu adalah kurniaan dariNya jua...
bertemu lagi...

Ulasan