dari W27 ke N27 volume II
Di pejabat agama, penulis banyak terlibat selaku saksi nikah 'tangkap muat' bagi membantu pasangan yang bernikah di pejabat. Semaza zaman tersebut, kebanyakan pengantin yang dinikahkan di pejabat adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti ketiadaan wali, ataupun ditangkap basah. Penulis juga turut menemui pasangan yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah semasa sesi temuduga untuk bernikah. Walau bagaimanapun, kesemua perkara yang disebutkan tiada kaitan langsung dengan tugasan penulis.
Penulis pernah menjadi panel temuduga amil bagi daerah Muar bersama dengan pojie atas undangan Tok siak yang berkuasa di daerah Muar. Menarik juga dapat menemubual dengan beberapa calon yang terdiri daripada orang lama. Idea Tok siak sebenarnya sangat bagus untuk diaplikasi di daerah lain. Penulis dihantar ke Pejabat Agama Daerah Muar dengan menaiki van jenazah!! Ini kerana ketiadaan kenderaan semasa hari tersebut kerana digunakan oleh pegawai lain. Sepanjang jalan, manusia yang melihat kami akan memberikan pandangan yang penuh bermakna. Sememangnya van jenazah adalah sesuatu yang dianggap menyeramkan oleh sebahagian masyarakat Melayu yang masih terjajah dengan pemikiran tahyul dan karut. Sama ada kita suka atau benci, satu hari nanti tidak mustahil kita akan menjadi penumpang van tersebut , kecuali kalau kita rumah kita berhampiran dengan tanah perkuburan, maka mungkin kita tidak berpeluang untuk menaiki van tersebut kerana kita mungkin hanya akan diusung atau diarak dengan kereta beroda ..
Diantara tugas W27 di daerah ialah memastikan kutipan zakat dapat ditambah serta diperhebatkan kempen yang berkaitan dengannya. Untuk maksud yang tersebut, antara yang dibuat oleh penulis ialah menyebarkan pamplet ke serata jabatan kerajaan serta imam-imam masjid dan surau serta mendapatkan senarai nama peniaga muslim dan menghantar surat peringatan berkaitan zakat kepada mereka.
Penulis juga dipelawa oleh Unit Dakwah untuk bersama mereka dalam gerak kerja dakwah di sekitar daerah untuk memberikan penerangan berkaitan zakat. Penulis kerap bersama dengan rombongan ustazah Rugayah masuk ke pelbagai surau dan masjid sama ada siang ataupun malam dalam usaha memberikan penerangan berkaitan zakat. Penulis juga dijemput ke pejabat-pejabat seperti TNB dan juga INTAN untuk menjelaskan perkara yang sama.
Kita seringkali disuruh untuk mengeluarkan zakat dan kita biasa mendengar iklan dan kempen sama ada melalui radio, televisyen, poster, banner dan sebagainya. kempen serta galakan bahkan ancaman kepada golongan ingkar berzakat sudah acapkali kedengaran dan kelihatan di sana sini. Tetapi malang sekali kerana kempen berkaitan dengan pengagihan zakat adalah amat kurang berbanding kempen mengutip zakat..
Kita biasa melihat dalam program seperti Bersamamu terbitan TV3 berkenaan dengan golongan miskin dan fakir merempat tanpa mendapat pembelaan dan belas ihsan golongan yang berwajib. Penulis kadang kala merasa hairan dan taajub kenapa pihak pentadbiran agama yang memegang amanah zakat tidak bertindak lebih pro-aktif mengenalpasti golongan ini. Hanya selepas munculnya golongan ini di dalam siaran TV atau selepas mendapat aduan dari YB barulah bergegas angkatan yang dihantar untuk memberikan sumabngan. Itupun seqadar 10 hingga 20 kilo beras, gula, susu, dan sebagainya yang belum pasti akan menjadi sumbangan tetap bulanan. Kita pernah melihat bagaimana nasib golongan yang tinggal di rumah yang tidak seperti rumah manusia.. dengan bumbung yang akan bocor bagaikan sama sahaja jika tidak berbumbung jika hujan lebat membasahi bumi, namun mereka seolah-olah tidak dipedulikan, baik oleh JKKK kampung, penghulu apalagi petugas zakat di jabatan agama.
Perkara yang semamangnya agak pelik di bahagian zakat ialah setiap permohonan bantuan perlu dimajukan dengan mengisi borang yang berjela-jela untuk mendapat kelulusan. Itupun belum pasti boleh lulus, dan kalaupun diluluskan, belum pasti dengan kadar segera, ataupun amaunnya belum tentu dapat menampung sepenuhnya kehidupan mereka. Ramai diantara golongan peminta, fuqara wal masakin wa ibn sabil yang muncul di pejabat agama bagi menagih sedikit bantuan kewangan tetapi sayangnya oleh kerana terlalu banyak birokrasi, pengisian borang, kelulusan, permohonan utk mengganti kembali wang panjar yang disediakan memakan masa yang amat panjang, maka kebanyakan mereka tidak mendapat apa yang mereka perlukan. Terdapat juga golongan muallaf yang merempat dan meminta-minta hingga ke pejabat agama berulang-ulang kali namun tidak dipedulikan bukan kerana dianggap hina, tetapi kerana masalah birokrasi yang melampau. Maka kita akan dapati saban hujung tahun terlalu banyak lebihan kutipan zakat dan akhirnya dimasukkan ke dalam akaun baitulmal walhal bilangan asnaf yang layak masih lagi tidak mendapat apa yg mereka perlukan..
Pernahkah saudara-saudara bayangkan bahawa saudara tidak emmpunyai pendapatan yang tetap, anak ramai, isteri telah meninggal dunia .. dapat bantuan bulanan sekitar 2 - 3 ratus sahaja? Mengapa mereka tidak diberi bantuan sehingga 1000 hingga 2000 atau 3000 sebulan ? Apakah dosa mereka sehingga kita menghukum mereka sebagai pemalas, atau tiada pelajaran maka ia tidak layak mendapat amaun yang besar?
Cuba kita bayangkan kalau seorang faqir merempat tiba-tiba diberi suntikan kewangan dalam saham halal sebanyak RM500,000.00?? Sudah barang tentu ianya akan dapat mengubah nasib mereka serta merta ..Kita berikan lagi bantuan kewangan biasiswa persekolahan dan juga di institusi pengajian tinggi.. bantuan berterusan sehinggalah anak tersebut dapat kerja yang tetap barulah bantuan dihentikan...bukan perlu diberi bantuan 500 ke 800 sebulan kemudian setiap tahun perlu diperiksa dan diperakui untuk meneruskan atau menamatkan bantuan..
Bantuan perumahan juga perlu diberi dengan mengambil kira jumlah isi rumah. Jangan main beri sahaja rumah dua bilik tanpa mengira bilangan anak. Kalau anak mereka ada lapan orang, termasuk yang besar panjang..adakah dua bilik itu sudah memadai? Alangkah indahnya kalau si fuqara wal masakin ini diberi pilihan untuk membeli rumah dan pihak penguasa zakat yang akan melunaskan bayaran rumah tersebut.
bersambung ...

Ulasan