pemilihan MPP
Hari ini merupakan hari pembuangan undi bagi masyarakat kampus di kawasan penulis. Terkenang penulis tatkala terlibat secara langsung dalam pemilihan di kampus sekitar tahun 1995...
Penulis telah dicalonkan dalam pemilihan tersebut, yang pada waktu itu dinamakan JPP - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Penulis langsung tidak mahu berkempen apalagi mencalonkan diri. Sahabat-sahabat penulis yang beriya-iya mencalonkan penulis dan berkempen untuk penulis...
Pada hari mengundi pun, penulis langsung tidak mengundi. Akhirnya, sekitar jam 6.30 petang, pengumuman telah dibuat di kampus masjid. Penulis telah diisytiharkan menang dengan bilangan undi terbanyak!! Sesuatu yang tidak pernah diimpikan oleh penulis sama sekali.
Pada sebelah malamnya, satu perjumpaan tergempar telah dibuat bersama JPP yang terdahulu. Pemilihan telah dibuat diantara calon-calon yang berjaya bagi memilih YDP, timbalan YDP, setiausaha, Bendahari serta biro-biro yang bakal diwujudkan.
Sebelum daripada itu, penulis bersama-sama dengan beberapa orang sahabat lain telah menjalankan satu gerakan bagi menuntut sesuatu yang penulis telah lupa..Insya Allah, jika ingat penulis akan update semula laman ini. Kami telah menamakan gerakan ini sebagai GPI - Gerakan Pelajar Insaf - bunyinya seperti sebuah gerakan subversif yang hebat, namun hanya dianggotai oleh beberapa kerat pelajar sahaja. Kami telah menampal satu notis bantahan di hadapan pintu masuk bilik gerakan JPP pada masa itu. Kemuncaknya, kami telah dipanggil untuk berunding dengan YDP JPP di salah sebuah bilik di hostel. Penulis masih ingat kata-kata YDP tersebut, "Silap-silap satu hari nanti nko jadik JPP..kau tau la macammana ..." Penulis langsung tidak mengiraukan kata-kata tersebut kerana tidak pernah terfikir untuk bergerak terlalu aktif sehingga ke peringkat JPP.
Namun ketentuan Tuhan mengatasi segalanya. Dalam pemilihan pada malam tersebut, penulis telah dipersetujui sebagai YDP...Timbalan YDP adalah Ganu (nama gelaran), Setiausaha adalah Lela, Bendahari adalah siswi dari DIB (maaf terlupa nama). Lantikan biro juga dibuat dan selaku YDP, berkuasa menentukan biro dan tugas yang perlu mereka laksanakan.
Setelah duduk selaku YB (ke?) barulah penulis tahu pahit maung sebagai JPP. Dalam ucapan sulung setelah dilantik yang telah dibuat di dewan makan, penulis telah memberikan kata-kata antaranya ialah, " Apabila berlaku percanggahan dalam sesuatu perkara antara kehendak HEP dan kehendak pelajar, nescaya saya (kami- pen) akan mendahulukan kehendak pelajar"
Sepanjang berkhidmat selaku YDP JPP, penulis telah menerima lawatan dari pihak kampus cawangan Pahang. Pada zaman penulis juga, lawatan Tun Mahathir (pada masa itu PM) bagi merasmikan kampus di Melaka.Penulis sebenarnya sangat kurang berinteraksi dengan pihak pentadbiran HEP, hingga ditegur oleh pegawai di HEP kerana sejak dilantik, hingga hampir akhir semester, barulah penulis muncul di pejabat HEP.
Penulis juga telah dikritik dengan hebat oleh exco sendiri selepas lawatan tun mahathir kerana dianggap sangat tidak menjalankan tugas dan sebagainya. Penulis juga pernah dikritik di atas pentas forum yang diadakan dengan ahli panel terdiri daripada pensyarah. Tajuk forum pada malam tersebut ialah peranan pelajar dalam kegiatan massa. Penulis telah memberikan pendapat mengenai kelesuan pelajar pada masa itu dalam gerakan kampus dan keseronokan dan kecenderungan mereka lebih kepada perkara lain yang berbentuk hiburan. Namun di akhir forum, bangun beberapa orang pelajar yang menghentam, JPP kononnya tidak menjaga soal kebajikan pelajar, hingga hidangan makanan di dewan makanan juga mendapat 'complaint'.
Penulis hanya terdiam sahaja kerana nampaknya medan forum telah digunakan untuk menghentam sedangkan banyak lagi ruang yang boleh digunakan untuk memberikan komen dan pendapat, seperti menghantar notis ke pejabat gerakan JPP, berjumpa secara personal dan sebagainya. Ini menunjukkan tahap kematangan pelajar pada waktu itu dan semakin terserlah dihadapan ahli forum yang lain bahawa kelesuan dan kemandulan pelajar kampus sudah mencapai ke kemuncaknya pada waktu itu...
Pada zaman penulis juga, satu dialog diantara pelajar dan Pentadbiran telah dibuat di masjid. Pentadbiran membariskan Pengetua sendiri, TP HEP, Ketua Pustakawan, Bendahari, TP Akademik, manakala pelajar boleh terus menyoal .
Selesai program , turut juga kedengaran suara-suara sumbang yang menyatakan tempat tidak sesuai (masjid) dan ramai yang tidak dapat hadir.Adakah masjid sebagai medium perjumpaan menjadi masalah bagi golongan siswa siswi yang majoriti (hampir 98%) muslim?
Penulis juga mengetuai (Pengarah) MSR - Minggu Silaturrahim atau sekarang dikenali sebagai MHS (Minggu Haluan siswa)Alhamdulillah ianya dapat dilaksanakan dengan baik tanpa wujud kekerasan atau deraan sebagaimana yang pernah dilalui oleh batch penulis sebelum ini.
Penulis juga berhadapan dengan tentangan dari batch sendiri apabila diumumkan bahawa pakaian untuk acara makan malam terakhir adalah sopan dan menutup aurat (cadangan asal siswa berpakaian baju melayu manakala siswi berpakaian kurung dan berudung). Gagasan tersebut mendapat tentangan hebat khususnya dari golongan siswi yang 'malu-malu' untuk bertudung. Sememangnya sudah menjadi budaya dan sunnah untuk memperagakan bentuk tubuh dan pakaian 'terbaik' sewaktu jamuan makan malam terakhir, agar mendapat anugerah 'vogue' di mata jantina yang berlainan. Maka penulis cuba memperkenalkan satu cara baru yang bertentangan dan berlawanan dengan sunnah yang sudah sedia berjalan dan berakar umbi dalam jiwa siswa last sem. Maka satu perjumpaan telah dibuat, malangnya, penulis hanya menghantar timbalan untuk berhadapan dengan khayalak. Moga Allah merahmati beliau..
Dalam pemilihan JPP seterusnya, semangat politik dalaman mula memuncak. Golongan pro masjid telah cuba untuk dikucilkan daripada menyertai acara pemilihan. Mungkin kerana mereka menganggap golongan ini tidak berkembang dan gagal melaksankan tugas sepertimana zaman penulis, maka mereka cuba merosakkan segalanya. Penulis akui kegagalan penulis dalam melaksanakan banyak perkara, tapi adalah diharapkan agar banyak lagi kejayaan dan kecemerlangan yang boleh dibina daripada apa yang disebut kegagalan itu.
Dan pada malam kemenangan golongan baru, ramai siswa siswi yang berkumpul di luar bilik gerakan JPP bagi menantikan YDP yang baru. Kebanyakkan dari golongan penentang dan anti kepada golongan pro-masjid telah berjaya meraih kerusi. Penulis agak sedih juga kerana sahabat penulis yang bersama dalam GPI juga turut bersama dengan golongan penentang penulis .. Tetapi benarlah...apabila kepimpinan dilihat menyeleweng, maka tentang dan betulkanlah dengan pedang kalian ... Nuscaya ia akan kembali tertegak dengan kebenaran. Syukurlah kerana YDP dilantik dari golongan sederhana-konservatif. Namun, akhirnya, golongan penentang anti pro masjid meletakkan jawatan dari JPP ... kenapa?
Sebenarnya, menduduki kerusi MPP bukanlah satu perkara yang perlu dijadikan agenda untuk menonjolkan gagasan politik luaran. Kampus seharusnya 'disucikan' dari kekotoran najis2 politik luaran yang cuba dicampakkan oleh tangan-tangan ghaib yang sememangnya sudah berlumuran dengan nanah, tahi bahkan darah. Pihak pentadbiran universiti juga seharusnya lebih telus dan tidak terlalu terbawa-bawa dengan keghairahan politik luar. Alangkah indahnya jika kesemua anasir yg disebutkan itu dikesampingkan dan kampus menjadi satu wadah suci untuk mewujudkan bakal-bakal pimpinan hebat yang tidak langsung terpengaruh dengan kedurjanaan politik murahan.
Penulis berpendapat, jika berada di kerusi MPP, kita mungkin akan diperalatkan oleh pentadbiran untuk melaksanakan program2 yang telah dirancang, atau mungkin diperalatkan pula oleh kumpulan politik berkuasa untuk meneruskan agenda mereka. Jadilah seorang wakil MPP yang benar-benar mempertahankan kebajikan pelajar. Pelajar yang mengundi harus faham dan memberikan kepercayaan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan yang menang dan dilantik. Sekiranya kita gagal menyokong mereka dan hanya tahu mengkritik mereka, bagaimana mereka hendak memperjuangkan nasib kita selaku siswa dan siswi. Jangan sekali-kali MPP hanya bertindak sebagai badan pelaksana semata untuk setiap program yang ditaja. Selaku pelaksana, tapislah program tersebut sama ada benar-benar mampu menjana daya intelektual atau semata-mata hiburan yang melalaikan . Itulah antara tugas MPP, melaksanakan amal ma'aruf dan mencegah serta menghalang pintu-pintu maksiat dari terbuka dengan seluas-luasnya ..

Ulasan