Kenapa mereka berbeza?
Zuhur tadi penulis berkesempatan berjamaah di musalla bangunan fakulti bersama seorang rakan dan juga seorang pelajar asing. Atas penghormatan selaku duta, penulis mempersilakan pelajar tersebut mengetuai solat berjamaah. Tiada apa keanehan yang berlaku dalam solat kami, melainkan setelah selesai imam memberikan salam, beliau terus berpaling menghadap kami sambil berzikir dalam keadaan 'sir'..Kemudian beliau terus beredar tanpa membaca doa dengan kuat sebagaimana lazimnya yang berlaku di Malaysia.
Pada pandangan golongan yang taasub, dan kununnya berpegang teguh kepada mazhab syafie, di komuniti pekerjaan penulis, bolehlah dikatakan bahawa kelompok ini diketuai oleh Imam Tua .. mereka akan menggariskan dua kesalahan besar yang cuba di'highlight'kan seolah-olah telah berlaku satu kedosaan yang besar iaitu,
i. Imam tidak berzikir dan berwirid dengan 'jahar' tatkala selepas selesai solat
ii. Imam tidak mengangkat tangan dan suara untuk berdoa secara berjamaah selepas selesai solat
maka imam itu sudah barang pasti akan dilabelkan sebagai pendukung ajaran wahabi yang boleh dikategorikan sebagai 'sesat' dan amat merbahaya (adakah lebih berbahaya daripada gagasan Nasionalis?)..
Walhal al imam Syafie sendiri berpendapat dalam tulisannya di dalam Kitab al umm, "Saya memandang baik bagi imam dan makmum bahawa berzikir kepada Allah, sesudah keluar (selesai) daripada solat. Kedua-duanya menyembunyikan zikir kecuali bahawa dia itu adalah seorang imam yang harus orang belajar darinya. Allah berfirman, " ... dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa engkau atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankan ..(al-israa ayat 110)iaitu-Allah sahaja yang Maha Mengetahui ialah doa. Tidaklah engkau keraskan, ertinya janganlah engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri"
Imam al baihaqi pula menjelaskan dalam Sunan al-Kubra, " Bahawa zikir dan doa sesudah solat harus diperlahankan kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu kepada manusia , maka dikuatkan supaya dapat dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui maka zikir dan doa itu haruslah diperlahankan semula"
Maka inilah pandangan Imam Syafie dan pengikutnya yang sahih. Malangnya di negara kita yang tercinta ini, dan telah merebak ke dalam IPTA2 yang kununnya dipenuhi oleh manusia yang tinggi ilmu dan martabatnya, masih gagal untuk memahami mazhab yang didakwa telah dianuti sejak zaman berzaman itu...
Maka apakah kita akan sewenangnya menuduh Imam Syafie juga Wahabi dan pengikutnya yang sahih juga Wahabi?
Sila fikir dan renungkan ...
Ulasan