Malam Tahun Baru Cina & Malam Valentine

Malam Tahun Baru Cina, Sabtu 13 Feb. penulis dan keluarga keluar makan malam di restoran nasi ayam chicken rise shop yang baru sahaja memulakan francaisnya di bandar kelahiran penulis. Usai solat Isya di surau berhampiran, penulis menikmati hidangan bersama keluarga di sana. Servis yang diberikan boleh dikategorikan sebagai B gara-gara pesanan sepinggan nasi tambahan yang terlalu lewat walhal telah dimaklumkan di awal masa memebuat pesanan. Tatkala bayaran dibuat, penulis meringankan mulut untuk bertanya berkaitan pemberian diskaun terhadap kakitangan kerajaan sebagaimana yang penulis nikmati di restoran yang sama di Melaka suatu ketika kelak. Rupanya memang wujud diskaun sebanyak 10% terhadap staf kerajaan. Kalaulah tidak ditanya nescaya bayaran akan bertambah. Bagaimana sebuah restoran yang agak tersohor ini cuba untuk menyembunyikan keistimewaan selaku staf kerajaan tanpa adanya iklan dan sebagainya. ...

Selesai makan, kami berlegar-legar di dalam kompleks yang menempatkan pelbagai kedai dan stall jualan. Kebanyakan peniaga cuba menampilkan jualan berdasarkan tema semasa. Kebanyakkan kedai menjual teddy bear dan pelbagai hadiah yang berasaskan hari valentine dan juga Tahun Baru Cina.

Tatkala keluar, kelihatan beberapa orang gadis-gadis cina di jalanan yang menjual bunga untuk mereka yang sedang berkasih kasihan bagi menghadiahkan bunga-bungaan tersebut kepada kekasih mereka.

Sememangnya sambutan hari valentine yang saban tahun ditentang hebat oleh ulama dari seluruh dunia namun tetap menjadi hari terhebat bagi pasangan muda mudi, khususnya muda mudi Islam untuk membuktikan cinta membara mereka terhadap pasangan kekasih masing-masing. Keghairahan menyambut hari valentine ini semakin disemarakkan dengan pelbagai acara jualan, sambutan yang dianjurkan, filem-filem berasaskan cinta dan sebagainya yang ditayangkan dipeti-peti televisyen. Baru sebentar tadi dalam Buletin Utama milik TV3 dipaparkan kes pembakaran bayi yang baru lahir di tempat pembuangan sampah.

Apakah kaitannya kes ini dengan sambutan hari valentine? Selalunya apabila bayi-bayi yang baru dilahirkan dibuang dan dibunuh adalah atas sebab kebencian terhadap bayi yang tidak berdosa tersebut, ataupun kerana perasan malu ataupun kerana takut. apa yang berlaku dalam zaman kekejaman rejim firaun di Mesir dimana diperintahkan untuk dibunuh setiap anak lelaki bani israel selepas firaun bermimpi akan kedatangan seseorang dari bani israel yang bakal merosakkan pemerintahannya. Dalam zaman jahialiah, anak-anak perempuan dibunuh atas sebab perasaan malu terhadap kewujudan bayi perempuan dalam keluarga mereka. Di zaman jahiliah dan kemodenan kediktatoran rejim firaun kini, kebanyakkan bayi dibunuh atau dibuang kerana takut, akibat anak lahir diluar daripada institusi pernikahan dan boleh menyebabkan kemarahan kedua orang tua, atau kerana malu terhadap rakan dan jiran-jiran. Maka trend manusia kini yang terlajur di malam-malam valentine, atau malam pesta muda mudi di malam merdeka atau malam tahun baru, dibuang dan dibunuh seenaknya bagi menutup malu dan menghidari ketakutan akibat dosa yang dilakukan oleh mereka sendiri.

Bolehkah kita mengatakan bahawa kesalahan ini adalah akibat kesilapan pendidikan oleh ibu bapa semata-mata? Ataukah kerana kesilapan sang guru di sekolah? Atau akibat salah pergaulan dengan rakan-rakan sebaya? Sebenarnya kesemua mereka memikul tanggungjawab yang sama. Namun cuba kita bayangkan, sekiranya negara atau provinsi kita melaksanakan hukuman sebat terhadap penzina yang belum pernah bernikah, dan hukuman rejam terhadap penzina yang pernah berkahwin adakah masih ada yang sanggup melakukan zina di malam-malam valentine? Cuba kita bayangkan sekiranya peti televisyen kita langsung tidak menayangkan propaganda valentine bersama filem-filem cinta karat mereka, adakah anak-anak muda kita akan terfikir mengenai keseronokan melayari sambutan valentine? Cuba kita khayalkan sekiranya pengharaman terhadap sebarang konsert melampau yang melibatkan percampuran bebas berlainan jantina serta pelaksanaan terhadap pemakaian menutup aurat diperkenalkan sebagaimana yang sedang berlangsung di bumi Acheh berlaku di permukaan bumi tanah tumpah darah kita ini, apakah masih ada remaja yang tergamak untuk mendekati kekejian zina? Cuba pula kita imaginasikan jika sekiranya filem dan drama kita langsung tidak memaparkan pergaulan bebas dan percintaan remaja sebagai tema filem mereka?

Insya allah jika semua pihak serta pihak yang mampu melaksanakan imaginasi kita ini wujud, maka tiada lagi gejala yang melorongkan kepada zina akan berlaku dan tiadalah lagi anak-anak yang terpaksa dibunuh dan dibuang sesuka hati. Wallahu alam .. selamat Tahun Baru dan katakan Tidak kepada hari valentine...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol