Subuh yang mengharukan





Subuh Tahun Baru Cina penulis masbuq menghadiri jamaah. Ahad yang begitu damai telah memberikan pemadangan solat berjamaah yang sangat mengharukan....jamaah yang hadir begitu ramai sehingga mencecah lebih daripada 100 orang jamaah. Sepanjang penulis berada di surau qaryah penulis, jumlah jamaah untuk solat Subuh selalunya amat mendukacitakan. Walaupun tidak pernah menemui markah gagal, namun biasanya menemui markah B+ ataupun B- untuk kategori kuantiti jamaah. Namun untuk Subuh pagi ini, penulis berani memberikan markah A-. Jumlah yang hadir memang ramai. TETAPI, yang berjaya meramaikannya bukanlah terdiri daripada anak-anak qaryah sendiri. Tetapi adalah merupakan warga asing yang hadir untuk menyertai aktiviti jamaah Tabligh, keluar tiga hari.

Menurut salah seorang ahli jamaah tempatan, yang kelihatan begitu teruja sekali, suasana seumpama ini adalah biasa di sekitar negara Bangladesh...Kalaulah qaryah kami seumpama itu untuk setiap waktu....Insya Allah...keamanan dan kemamuran pasti akan terjelma ...

Ulasan

Zuray berkata…
Salam...

Sahabat begitule hendaknya di sini lebih susah menmeriahkan masjid daripada memeriahkan pesta hiburan dunia, termasuk diri hamba yang kekadang kecundang dek bisikan syaitan. Tapi sahabat apa yang pasti kita kena pertahankan, kita mesti merancana sesuatu bagi menyuntik semula agar ia tidak terkubur kalu terkunur tak apa tapi kalau sebaliknya... bagi pendapat kawan kita must do something to save the our program that it ours program not only Pusat Islam or Ustazah.... Are you with me...?

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol