Cinta sebelum kahwin?
Tajuk ini agak berat untuk dibicarakan. Lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini. Teringat pada kisah ayat-ayat cinta, satu-satunya filem yang ditonton penuh minat oleh penulis untuk filem-filem dari seberang. Selalunya penulis menolak untuk menonton sinetron atau filem dari seberang kerana terlalu banyak unsur tahayul yang terselit dicelahannya. Namun, filem yang pernah ditayangkan di kaca TV3 sebanyak dua kali itu ditonton penuh minat oleh penulis dalam kedua-dua tayangannya. Bukan apa .. lakaran cerita cintanya amat menarik sekali. Seorang lelaki (pelajar) yang mendapat cinta sejatinya tanpa perlu untuk bercinta sakan, berjalan berdua-duaan setiap hari, atau berbalas sms sepanjang malam dan siang, ataupun bergayut menghabiskan wang beratus ringgit sebulan. Demi untuk mendapatkan cinta serta memperkasakannya tanpa rasa jemu. Tetapi, akhirnya setelah bercinta sakan, setelah disatukan, rumah tangga sudah mula berantakan, nauzubillah ..
Apakah salah bercinta semasa bersekolah bang? Atau salahkah bercouple sebelum bercinta .. ??
Jawapan untuk soalan ini sebenarnya telah ada di dalam al quran.. Pernahkah kita terbaca tentangnya? Jelas sekali Allah melarang kita dari mendekati zina...Jangan kamu dekati zina ..Dekati dilarang apalagi melakukannya..
Sudah menjadi fitrah yang normal untuk seorang lelaki menginginkan wanita dan wanita menginginkan lelaki. Fitrah ini berkembang dalam diri manusia untuk menjaga kelangsungan kehidupan serta survival ummah dimuka bumi ini. Biarlah ianya berkembang dalam diri kita. Perkembangan ini adalah dianggap sihat. Namun, ada juga yang tidak sihat, iaitu apabila lelaki menginginkan lelaki dan wanita pula menginginkan wanita. Perasaan seumpama ini adalah sangat songsang dan sesat..
Berbalik kepada keinginan fitrah semulajadi ini. Setiap insan ingin disayangi dan menyayangi. Adalah sesuatu yang tidak salah jika kita menyukai atau menyintai seseorang. Bukankah junjungan besar Muhammad Rasulullah SAW pernah menyatakan, "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia menyintai saudaranya sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri"
Oleh itu bolehlah bercinta-cintaan? Tiada salahnya. Yang salah ialah kaedah percintaan itu sendiri. Dewasa ini amat jarang kita mendengar 'couple' yang bercinta tidak keluar bersama berdua-duaan, tidak berpegangan tangan, tidak bertemu dalam tempoh yang panjang dan banyak lagi. Istilah 'couple' adalah termaktub di dalamnya pelbagai anasir dan yang paling 'common' mesti dah pernah keluar berdua-duaan...
Dari mata turun ke hati. Maka mulut berkata manis untuk memikat. Dan tangan begitu berselera untuk memegang. sememangnya manusia itu dilahirkan dalam keadaan tergopoh gapah. Tatkala Adam tertidur kerna kesunyian dalam syurga, apabila ia terjaga terpandang olehnya susuk tubuh jelita milik hawa disebelahnya. Timbul perasaan padanya dan tatkala ia mahu memegang tangan gadis itu, Allah segera melarangnya dan diperintahkan agar dinikahkan terlebih dahulu dengan disaksikan oleh para malaikat.
Jadi bagaimana kita pada hari ini bersuka-sukaan berpegang tangan. Lihat sahajalah apabila kita ke bandar, tidak kira bandar kecil atau besar. Pasti suasana bandar itu akan dihiasi oleh pasangan-pasangan tidak tahu malu yang tanpa segan silu berpegangan tangan atau sekurang-kurangnya berjalan bergandingan.
Tidakkah kita pernah teringat akan pesanan Junjungan Besar Muhammad Rasulullah SAW, " Apabila seorang perempuan itu keluar dari rumah, maka dihiasilah syaitan kepadanya dan membuatkan lelaki akan tertarik padanya" Ini bermakna wanita-wanita muslimat yang keluar tanpa ditemani mahram atas alasan bukan darurat, seperti belajar dan sebagainya, hanya dihiasi oleh syaitan untuk mengumpan mata lelaki keranjang ..
Kesedaran terhadap bahaya couple sebelum bernikah perlu dilaksanakan dengan kadar segera oleh pihak yang berwajib. Janganlah menanti setelah tersebarnya anak-anak luar nikah di sekitar qaryah atau premis kita, barulah sibuk dan terasa panas ..
Kemabukan remaja kita bercinta dewasa ini hanya membuahkan jumlah anak luar nikah semakin bertambah dan penzina semakin tersebar luas. Bayangkan hanya perkenalan singkat sehari atau semalam sahaja sudah mampu rebah di dalam dakapan seorang lelaki jonggos?? Jangan kita hanya menuduh dan menunding jari kepada anak-anak terbiar di peringkat desa atau pinggir kota sahaja, atau anak-anak yang kurang pendidikannya. anak-anak yang tinggi pendidikan agama dan dunia juga turut terlibat. Terlalu banyak misteri dan kisah yang berlaku di menara-menara gading. Kisah perlakuan seks mereka jika dibukukan pasti menjadi 'best-seller' di kedai-kedai buku dan juga pasar-pasar malam. Namun sayang, tindakan pencegahan masih di peringkat awal bahkan kadang-kadang langsung tiada ..
Para penzina di menara gading selalunya berjaya menutup aib dan dosa mereka dengan jalan meningkatkan CPA dan CGPA mereka tatkala menjelang musim peperiksaan. Agak aneh juga kerana kebanyakan mereka yang pernah tertangkap atau terjebak adalah sangat tinggi otak pemikirannya, dan amat dikhuatiri jika para penzina ini berjaya menduduki kerusi-kerusi kepimpinan negara kelak yang hanya akan membuahkan hasil perzinaan yang semakin disebar luaskan..
Marilah memupuk cinta tanpa diselaputi zulmat nafsu. Jangan kita percaya pada diri kita, alah..keluar sekali sekala apa salahnya..bukan buat apa pun ...mungkin kita terlupa amaran Junjungan Muhammad Rasulullah SAW, "Janganlah kamu berdua-duaan dengan lelaki atau wanita kerana yang ketiga adalah syaitan.." Syaitan sangat gembira dan ketawa hingga bergumpal-gumpalan melihat karenah pemuda pemudi kini yang sibuk mencari kawasan sunyi sama ada di gunung, taman tasik, hatta bangku di tepi tasik untuk melepaskan kerinduan kununnya. Kita kerap terpengaruh dengan kisah-kisah cinta di tv. Bila dah besar kena bercouple. Tiada couple lagi maknanya kamu ni tak laku lah...hahaha..maka diunjukkan keserunukan tatkala bercouple-couplelan... yang ternyata kebanyakkannya hanya khayalan dan mitos serta pembohongan besar-besaran sang pengarah filem .. Cubalah bercouple sesuai dengan syariat, contohnya :
1. Memaklumkan kepada ibu bapa tentang kawan/pujaan hati kita kepada orang tua kita
2. Senantiasa menolak dan mencari alasan sekiranya si dia ingin sangat hendak bertemu dengan kita ... kalau dia akhirnya menolak kita kerana itu, bersyukurlah kerana kita telah diselamatkan Allah dari 'makhluk yang amat merbahaya'
3. Kalau dah teringin sangat nak jumpa, suruhlah sang lelaki datang ke rumah, dengan syarat ada mahram di dalam rumah, khususnya ibu dan bapa;
4. Tak salah kalau selalu telefon tetapi jangan sampai berbual perkara yang menaikan nafsu, walau bagaimanapun ada ulama yg mengharamkan perbualan seumpama ini di telefon, iaitu diantara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa ada darurat.
Kesimpulannya, berhati-hatilah. Lebih baik kita hanya menyimpan perasaan di dalam hati tanpa perlu dizahirkan. Jika masih di peringkat pelajar, khususnya sekolah, tidak perlulah ada kekasih yang keterlaluan. Nanti kita binasa. Kecuali jika ibu bapa membolehkan kita berkahwin semasa masih belajar .. Semoga Allah memperkenankan. Teringat akan sebuah hadis yang bermaksud, "Barangsiapa yang bernikah kerana hendak menjaga kehormatannya, maka Allah akan menjamin rezekinya.."
"Wahai pemuda, barangsiapa yang mampu hendaklah ia berkahwin dan jika tidak mampu, maka berpuasalah"
"Wahai Fadl. Janganlah kamu memandang wanita kerana pandangan yang pertama tidak menjadi kesalahan tetapi tidak yang kedua.."
Ulasan