Lawatan sehari ke ibu negara

28 Feb 2010 (Ahad)

Sebenarnya perjalanan ini kurang dirancang melainkan pada Sabtu 27 Feb 2010 bila kedengaran bonda begitu berkeinginan untuk menghadiri walimah anjuran anak saudaranya di Kuala Lumpur...kota metro. Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk perjalanan ini. Pertama, hari ini mungkin laluan turun ke KL sesak kerana hari akhir atau penutup kepada manusia yg bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Kedua, tayar belakang kereta yang sudah semakin uzur sedangkan hari kemewahan masih jauh dek kerana gaji bulan feb cepat akibat perayaaan tahun baru cina.
Akhirnya satu persetujuan dicapai. Isteri penulis setuju untuk membantu meminjamkan wang untuk penukaran tayar. Bonda setuju untuk membaiayai petrol dan adik bungsu bersetuju untuk membiayai tol. Aku pula membiayai belanja makanan sepanjang jalan.
Persediaan pertama dibuat ialah menukar tayar. Kedai tayar di hadapan hotel kota prima menjadi pilihan. Dengan wang lebih kurang RM400 segalanya selesai. Dalam hati, mungkin ini kedai paling murah.

Namun, tatkala keluar di waktu malam, telinga penulis menangkap satu bunyi aneh dari tayar belakang. Keesokkannya, perjalanan ditangguhkan. Penulis bergegas ke kedai penggantian tayar semalam tetapi hampa, kedai tutup kerana hujung minggu. Maka terfikirlah dibenak penulis akan kedai servis biasa, yang harganya cukup menyakitkan poket selama ini. Mahu tidak mahu kerana bonda, penulis ke sana juga. Rupa-rupanya salah satu skru tayar belakang longgar. Apa yang boleh dibuat, kedai semalam tutup. Untuk tiau keesokan harinya dah agak basi. Maka bayarlah ongkosnya sebanyak RM15.00

Perjalanan ke KL dapat diteruskan dan masuk ke lebuhraya kira-kira jam 12.00 tgh hari. Alhamdulilla dengan pemaduan yang agak baik, kami selamat tiba di rumah walimah kira-kira jam 2.30 petang... dengan izin Allah jua berpandukan GPS..

GPS sebenarnya satu medium yang amat berguna, meskipun hanya di dalam HP. Ianya dapat membantu kita mencari lokasi yang jarang kita pergi, atau tidak pernah kita tiba di sana.

Pengantin tatkala kami sampai sedang makan berdamai. Ramai juga sanak saudara yang berada di sana. Kami menghaiskan masa di sana sehingga jam 3.30 petang.

Selepas itu, kami bertolak ke pusara nenda untuk acara ziarah. Malang sekali kerana kedudukan sebenar pusara tidak dapat dikesan kerana tiada nisan bertulis nama yang diletakkan di sana. Boleh jadi akan datang, kami terpaksa berdoa di pintu pagar sahaja sepertimana ziarah ke pusara di jannatul baqi Madinah!!

Kemudian , kami bergerak ke Jusco. Solat disana dan bertemu dengan saudara kandung. Kami bergerak pulang tatkala azan Maghrib berkumandang di corong radio. Singgah solat di R&R Pagoh dan tiba di rumah sekitar jam 10 malam.

Mudah rupanya perjalanan sehari ke KL. Semuanya dengan izin Allah taala jua

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol