balada seorang pengacara

Rancangan realiti top host yang disiarkan di TV3 setiap Rabu mula menarik minat penulis kerana rancangan tersebut agak berlainan daripada rancangan realiti biasa. Ianya memaparkan beberapa orang peserta yang cuba merebut peluang untuk menjadi pengacara bersama TV3. Sekali tonton, seolah-olah menyerupai rancangan realiti hebat he apperantice. Mungkin sudah banyak sebenarnya rancangan realiti yang cuba meniru dan menyerupai rancangan tersebut, namun kali ini, tema utamanya ialah untuk mencungkil bakat selaku pengacara...

Penulis sebenarnya banyak terlibat dengan sesi pengacaraan di peringkat organisasi. Banyak sebenarnya program-program yang dilaksanakan di peringkat organisasi telah diacarakan oleh penulis. Banyak juga peristiwa pahit maung yang dialami oleh penulis sepanjang berkecimpung dengan bidang ini.

Penulis mula terlibat dengan bidang ini apabila dengan rela menawarkan diri dalam siri pencarian pengacara peringkat organisasi yang telah terlupa akan tahun berlakunya. Ramai juga yang telah terpilih dalam acara tersebut tetapi malangnya hanya penulis yang kerap dipaggil untuk 'cover' majlis yang biasa berlaku di organisasi yang kaya dengan pelbagai acara dan perayaan sama ada di peringkat organisasi, kebangsaan dan antarabangsa.

Seingat penulis, sepanjang berkecimpung dalam bidang ini, hanya sekali sahaja kursus yang diberikan oleh pihak organisasi. Pernah juga penulis memohon untuk menghadiri program atau kursus yang berkaitan bagi menajamkan lagi pengalaman dan pengetahuan berkaitan kepakaran yang semakin dilupakan ini, namun tidak mendapat kebenaran.

Sepanjang berkecimpung, diantara perkara yang paling tidak disenangi ialah terpaksa mengubah skrip di saat-saat akhir atas sebab berlaku perubahan yang tidak disangka-sangka. Sememangnya selaku pengacara yang hebat, perlu bertindak pantas, tetapi penulis bukanlah tergolongan dalam kategori yang tersebut.

Perkara paling pelik yang berlaku ialah apabila kita di'pelawa' selaku pengacara untuk sesuatu majlis yang agak berprestij, teks pengacara terpaksa dibuat sendiri. Penganjur hanya memberikan tentatif semata-mata. Dengan berpandukan tentatif tersebut, sang pengacara tanpa sebarang imbuhan ini akan 'terpaksa' mengorbankan 'sedikit' masa sama ada masa bersama keluarga atau masa pejabat semata-mata untuk mengarang teks pengacara. Andaikata pengacara tersilap dalam aturan acara dan sebagainya, maka ia akan dipersalahkan tanpa ihsan...hoh..

Namun wujud juga penganjur yang sangat prihatin membekalkan teks pengacara, sekurang-kurangnya sebagai panduan kepada pengacara multi daif ini untuk mengatur kata dan membilang bicara, agar tidak tersalah bahasa dalam memainkan acara.

Pengacara sebenarnya akan merasa begitu seronok melaksanakan tugasnya sekiranya segala yang telah disusun dan dikarang tidak dibuat sebarang perubahan di saat akhir dan disokong sepenuhnya oleh penganjur.

Diantara perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam pengacaraan ialah :

1. Tidak menyebut atau mengalu-alukan tetamu peringkat VIP, meskipun terlepas menyebut salah seorang dari mereka
2. Tersilap menyebut pangkat bagi VIP
3. Tidak mendapat penerangan dan penjelasan yang lengkap dari pihak penaja sebelum majlis berlangsung, contohnya disebutkan bahawa selepas acara penyerahan zakat, maka acara bertukar-tukar cenderamata. Maka sebaik sahaja zakat diserahkan dalam bentuk mock check, pengacara terus mengumumkan acar pertukaran cenderamata memandangkan di atas pentas kelihatan kedua-dua pihak telah memegang sesuatu yang dianggap sebagai cenderamata. Namun rupanya, ialah acara akad penyerahan zakat beserta doa. Pengacara tidak diberikan penjelasan lengkap menyebabkan ia terus sahaja mengumumkan acara seterusnya berdasarkan tentatif;
4. Tidak menerima teks pengacara yang lengkap sebelum memulakan majlis;
5. Tidak mendapat kerjasama yang sepatutnya dari pihak urusetia. Sebagai contoh, VIP yang sama diminta menyerahkan pelbagai hadiah dan juga penerimaan sumbangan. Sebaik sahaja sumbangan selesai diterima, kelihatan VIP dipentas bergerak untuk turun sedangkan sepatutnya pihak urusetia setia sedia maklum menahan sementara vip agar tidak bergerak turun terlebih dahulu kerana ada acara lain yang memerlukan dirinya. Namun, dek kerana 'kecerdikan yang mendalam' pihak urusetia, VIP dibiarkan turun dan menyebabkan pengacara terpaksa dengan tebla muka dan bibir menjemput sekali lagi VIP berkenaan untuk naik semula ke pentas utama;
6. Tidak mendapat maklumat lengkap berkaitan VIP yang hadir;
7. Mendapat arahan lantikan di saat-saat akhir;
7. Terlalu banyak pengurus dan penganjur yang memberikan arahan

Organisasi besar yang sudah memiliki beberapa orang pengacara perlu memikirkan dengan lebih serius untuk memelihara pengacara sedia ada tersebut agar mereka seronok dan gembira tatkala diangkat selaku pengacara bagi sesuatu majlis. Adalah agak malang jika beberapa kerat ini dibiarkan sahaja dan terus ditunggang di setiap acara tanpa ada rasa belas dan kasihan. Organisasi juga perlu mengadakan acara uji bakat ala top host atau mentor untuk memelihara legasi pengacara agar muncul nanti manusia berbakat yang bertahap profesional dikalangan mereka untuk diangkat selaku pengacara popular. Kegagalan organisasi besar untuk melihat persoalan pengganti dan pemeliharaan serta pemuliharaan akhirnya akan menyebabkan tiada lagi manusia yang mahu menjadi pengacara majlis ...

Wallahu alam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol