Adakah kita telah gagal?

Pagi Jumaat pejabat penulis mengadakan majlis tadarus al quran sebagaimana yang dilaksanakan oleh kebanyakan pejabat dan jabatan lain yang terletak di dalam negeri Johor ini.

Usai tadarus, ialah acara makan pagi yang disediakan oleh salah seorang staf. Perbincangan pada pagi yang hening ini berkisar mengenai kisah seorang ibu tunggal yang pernah dikhabarkan di dada akhbar berkaitan rayuan dan nasib beliau yang tidak mampu untuk menghantar anaknya ke menara gading dek kerana kesempitan hidup. Malang sekali, rayuan dan permohonan serta penderitaan beliau tidak pernah diendahkan oleh pihak berwajib yang memegang autoriti kewangan bersandarkan kepada agama. Akhirnya, beliau telah dibantu tanpa perlu mengisi borang berjela, mahupun perlu menagih dan merayu ke rumah penghulu atau ketua kampung. Sayangnya, bantuan tersebut telah datang dari pihak misionari!!!

Pihak misionari sememangnya sangat haloba terhadap segala peluang yang membolehkan mereka menyuntik jarum-jarum halus yang berbisa bagi meruntuhkan keimanan seorang muslim. Dalam kes seumpama ini,mereka begitu mudah untuk menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Mereka tidak memerlukan kita untuk mengisi borang yang berjela-jela serta meletakkan seribu syarat yang ketat. Mereka juga tidak memaksa si penerima untuk masuk ke dalam agama mereka. Mereka memainkan peranan yang sangat halus.

Bagaimana untuk mendapatkan sedikit bantuan dari pemegang autoriti agama?

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

Memenuhi syarat umum iaitu :

• Islam
•Warganegara Malaysia @ Penduduk tetap dengan syarat pasangan adalah warganegara Malaysia.
• Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh 1 tahun dan ke atas
• Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.
• Melepasi proses Had Kifayah yang ditetapkan.
Panduan Permohonan :

• Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan bantuan zakat MAINJ dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
• Setiap borang hendaklah disertakan salinan dokumen yang telah disahkan dan ditandatangani.
• Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Penghulu, Ketua Kampung atau amil kawasan pemohon tinggal bermastautin.
• Setiap borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke MAINJ daerah berkenaan.
• Menyertakan lampiran berkaitan permohonan.


Ini adalah syarat yang termaktub di dalam laman web MAIJ. Sayang sekali, sekiranya permohonan berjaya dihantar, jawapan dan bantuan bukan boleh dihulurkan segera. Permohonan perlu dimajukan ke ibu pejabat dan perlu dimajukan ke majlis mesyuarat khas. Kadang-kadang jawapannya sangat menghampakan..

Apakah tugas seorang amil ? Mungkin mereka hanya diupah untuk mengutip zakat semata-mata serta menyenaraikan nama fakir miskin yang sewarna dan sebulu sahaja. Musuh-musuh politik dan tidak sependapat ditolak ke tepi manakala yang tidak layak tetapi dikenali dan dikasihi dimasukkan ke dalam daftar. Manakala daftar tersebut amat jarang dikemaskini setiap tahun.

Penghulu dan ketua kampung jarang kedengaran untuk mencari anak muqim dan qaryah yang berada dalam kesusahan. Mereka lebih suka agar si merempat ini pergi sendiri ke pejabat penguasa agama untuk menagih dan meminta ...

Di pejabat penguasa agama wujud penolong pegawai penaksir dan pembantu hal ehwal islam zakat...sayang sekali..tugas mereka hanya untuk memikirkan bagaimana untuk menambahkan hasil zakat. Maka terkumpullah pelbagai pandangan dan kemudahan membayar zakat hatta zakat pendapatan juga dikorek dan diselidiki segala tafsir dan hadis agar muncul kewajipan mengeluarkannya.

Tetapi sayang sekali, mereka ini tidak pernah berusaha bersungguh-sungguh mencari penerima zakat. Mungkin mereka terlalu sibuk mencari cara dan kaedah untuk menambahkan lagi pengisian tabung-tabuung zakat dan kemudiannya disimpan hingga ke hujung tahun lalu disumbatkan ke dalam baitulmal...maka keluarlah kenyataan ...KITA BERJAYA MEMBASMI KEMISKINAN ...KERNA WANG ZAKAT TELAH BERLEBIHAN....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol