sukarnya untuk istiqamah
lewat malam Isnin, sekitar jam 11.30 tatkala penulis duduk di hadapan note book melayari alam internet yang amat luas ini, terpampang di tv9 ulangan siri tanyalah ustaz yang membicarakan mengenai bulan Rejab dan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj Zahazan Mohamad, antara pendakwah yang menjadi kegemaran penulis. Mskipun begitu, penulis tidak memberikan penumpuan terhadap ceramahnya kerana disibukkan oleh keseronokan pelayaran laman sesawang yang pelbagai.
Namun, ada beberapa patah perkataan yang menarik perhatian penulis. Tatkala ada panggilan yang dibuat, mengenai fadhilat berpuasa sunnah rejab, maka dijawab dengan panjang lebar oleh ustaz. Antara lain, beliau mengaitkan bahawa kita ini terlalu taasub dengan amalan yang dilakukan oleh orang-orang lain selain Rasulullah SAW yang dilihat dan diceritakan amat hebat, hingga mengakibatkan orang yang tersebut memperolehi mati dalam keadaan husnul khatimah, seperti berpuasa tiga bulan berturut-turut, iaitu puasa dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Walhal amalan tersebut tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW mahupun sahabat-sahabat baginda. Yang diterima daripada riwayat yang sahih, Nabi SAW banyak berpuasa dalam bulan Syaaban, hingga diriwayatkan bahawa baginda berpuasa dari hari pertama hingga hari ke lima belas dari bulan Syaaban. Selepas daripada itu, dinyatakan bahawa Nabi SAW tidak lagi berpuasa hingga tibanya Ramadhan.
Diterangkan lagi bahawa betapa lemahnya seseorang yang tidak mampu untuk istiqamah dalam mengerjakan solat sunat witir di akhir malam. Bagaimanakah kita hendak memikirkan mengenai perjuangan yang lebih besar, sedangkan perjuangan menentang nafsu untuk mengerjakan solat sunat witir setiap malam kita masih gagal dan terus kalah..
Perkataan-perkataan tuan guru itu amat membekas dalam hati penulis. Terasa betapa sukarnya untuk istiqamah dalam sesuatu amalan. Contoh paling mudah dalam urusan solat sunat. Kekadang dibuat, acapkali ditinggalkan. Begitu juga dengan amalan membaca al quran. Mula-mula berazam dan bercita-cita nak baca satu ain setiap waktu. Akhirnya tertinggal satu waktu untuk baca al quran, dan kemudian berlarutan dan akhirnya tertinggal terus. Betapa jauhnya hati ini dengan al quran...betapa jauhnya diri ini dengan Tuhan .. Ya Allah .. berilah kekuatan ..

Ulasan