AKLI Kota Tinggi

Ketibaan kami di AKLI sekitar jam 12 tengahari Jumaat yang agak nyaman. Perjalanan dari Ayer Hitam dengan menumpang kereta mentor bersama Tuan Guru (TG). Melalui jalan lama dilihat lebih selesa dan tenang.

Peserta tiba tidak berapa lama selepas ketibaan kami. Bas yang menjanjikan untuk membawa peserta menunaikan solat Jumaat menghilangkan diri sebaik sahaja pelajar berjaya diturunkan. Urusetia tertipu mengatakan bahawa mereka hendak mengambil petrol atau diesel di stesen berhampiran. Agak malang selepas beberapa minit menunggu dan waktu Jumaat hampir tiba, bas tidak juga muncul. Bagi fasi yang berkenderaan besar, mereka menumpangkan beberapa pelajar lelaki untuk ke masjid, tetapi bilangan mereka terlalu kecil.

Penulis, mentor, TG dan Pegawai Hutan II (PHII) menuju ke masjid yang paling hampir di kawasan perumahan. Usai solat Jumaat, TG menyatakan bahawa sebagai urusetia dan fasi, kita telah melepaskan tanggungjawab kerana janji pengusaha bas untuk membawa pelajar solat Jumaat, namun mereka juga yang memungkirinya.

Acara pertama bermula sekitar jam 3 petang dengan Ucapan penyelaras, Ketua Fasilitator (KF) dan seterusnya sesi ice breaking oleh mentor yang juga merangkap Timbalan Penyelaras Program.

Acara selepas minum petang ialah riadah yang dikendalikan oleh kem komandan. Kuliah Maghrib disampaikan oleh penulis.

Acara malam ialah pembentukan kumpulan dimana setiap kumpulan yang telah dibentuk petang tadi bersama mentor diminta menyediakan identiti kumpulan seperti nama kumpulan, bendera kumpulan, lagu kumpulan dan sebagainya yang berkaitan dengan kumpulan.

Selesai acara, penulis, TG dan PHII telah bergerak keluar pagar untuk menikmati sup kambing yang menyelerakan.

Acara hari kedua dimulakan dengan kuliah subuh oleh TG. Usai minum pagi, acara ceramah oleh Pengarah program sehingga jam 10.00 malam. Memandangkan kebanyakan fasi tidak terlibat dengan ceramah, kami sebilik yang terdiri dari mentor, TG, PHII dan penulis mengambil kesempatan lepak dan berborak serta tidur sebentar di bilik penginapan.

Selepas minum pagi, acara pembentangan hasil pembentukan kumpulan semalam. Kesemua sepuluh kumpulan dibahagikan kepada 3 kawasan agar masa dapat dijimatkan.

Usai solat Jama Zuhur dan Asr ialah ceramah oleh timbalan pengarah. Kami fasilitator keluar bilik agak lewat kerana ditarik oleh kenikmatan tilam dan bantal yang agak empuk.

Selepas waktu Asr, iaitu selepas minum petang, acara LDK diteruskan dimana peserta diminta bergerak ke CP yang diwujudkan untuk menerima soalan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang diberikan. Sekiranya mereka berjaya menjawab soalan yang diberikan, markah akan menjadi milik mereka. Seterusnya nilai markah bergantung kepada kejayaan mereka menjawab tiga soalan yang diberikan untuk diselesaikan.

Menjelang Maghrib, kami makan malam dan seterusnya bersiap untuk acara di surau. Acara pada waktu malam ialah LDK Barometer yang dikendalikan oleh Penyelaras. Setiap kumpulan diminta menyelesaikan masalah, iaitu memberikan ukuran yang tepat ketinggian dewan makan. Terdapat beberapa CP yang boleh membekalkan beberapa bahan yang mampu membantu mereka, namun terdapat harga yang perlu dibayar. LDK tersebut tidak dimenangi oleh mana-mana kumpulan..

Usai Subuh hari ketiga, selepas kuliah Penyelaras memanggil fasi untuk mengadakan sedikit refleksi. Pelajar dilihat kurang bersemangat. Fasi diminta menyuntik semangat setiap pagi sebelum sesi bermula. Acara seterusnya ialah meneruskan mimpi semalam yang belum selesai. Usai bersarapan ialah aktiviti seterusnya. Namun, fasi berjumpa kumpulan di bawah seliaan masing-masing dan memberikan kata-kata suntikan semangat. Menjelang jam 10.30, selepas minum pagi, tayangan video diadakan. Dalam beberapa minit, video dihentikan dan soalan-soalan diajukan kepada peserta. Ini adalah untuk menguji fokus pelajar terhadap sesuatu perkara.

Selepas makan tengahari, dan solat, acara oleh PM dimana pelajar diminta menerbangkan sebiji telur dan mendaratkannya dalam keadaan selamat tanpa pecah. Peralatan yang selamat dan paling jauh dalam mendarat dari jarak penerbangan akan dianggap sebagai pemenang. Maka terciptalah pelbagai bentuk pesawat terbang canggih.

Menjelang petang, pelajar diminta menyediakan majlis makan malam. Penghulu dan penghuluwati telah ditukar sebaik sahaja selepas tayangan video berakhir.Taklimat kembara juga diadakan.


Kembara malam ada mengandungi CP khayalan dan wujud dua laluan. Sudah barang tentu, si penjaga CP khayalan adalah penulis dan juga TG. Hhehe

Acara makan malam bermula sekitar jam 6.15 petang. Ada acara nyanyian karaoke, teka teki yang pelik dan pelbagai lagi. Tahniah kepada kumpulan ini. Meskipun mereka agak lemau berbanding kumpulan atau batch2 sebelum ini, namun mereka berjaya juga.

Menjelang Maghrib, perut terasa tidak berapa selesa. Rupanya durian dah bercampur dengan pulut serunding minum petang. Syukurlah, menjelang masuk ke lokasi, perut sudah mula reda....

Usai jama Isya dan Maghrib, acara taklimat kembara oleh PH. Sekitar jam 9 malam, penulis beserta dua orang ahli di CP khayalan route B telah digerakkan ke lokasi. Bergelap di hutan kelapa sawit, dengan lampu picit yang rosak. Walkie Talkie digunakan untuk memohon bantuan. Cahaya lampu picit amat penting pada waktu awal berada di CP. Terpaksa menghidupkan dua batang lilin. Ahli kumpulan adalah fresh dan tidak pernah terlibat sebelum ini. Huhhuhu...Sempat juga penulis tertidur.

Kumpulan I hanya tiba kira2 jam 12.00 malam. Misi yang diberi di CP ini ialah mendapatkan barang amanah yang diterima dari CP sebelumnya. Sepatutnya barang amanah tersebut perlu diserahkan ke CP selepasnya. Namun kesemua peserta telah tertipu dan menyerahkannya di CP khayalan ini ...

Kumpulan terakhir berjaya diproses sekitar jam 3 pagi. Kenderaan menunggu agak jauh. Tiba di bilik, terus tidur ..


Alarm dari HP mengejutkan dengan izin Allah jua. Berjaya jua solat subuh di surau, dengan bilangan jamaah yang menurun secara mendadak. Menurut PH, ada kumpulan yang hanya berjaya tiba di Base Camp sekitar jam 5 pagi.

Selepas solat, menyulam mimpi hingga menjelang jam 9 pagi. Bergegas naik untuk sarapan dan membantu LDK mentor. LDK terakhir adalah mencari kunci untuk membuka kotak misteri.

Selesai LDK, acara refleksi dan akhirnya penutup lalu pulang...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol