restoran melayu dan restoran mamak

SITUASI I
Suatu petang Ahad yang hening, singgah di sebuah restoran yang terletak di dalam sebuah kompleks kedua terkemuka di Bat City .. keadaaan restoran agak tersorok di sebalik kedai-kedai pakaian dan aksesori wanita, milik peniaga asing. Kelihatan seorang lelaki sebangsa yang sedang enak menikmati kepulan asap beracun di dalam bangunan berhawa dingin (?)
Duduk menanti pelayan untuk muncul bersama pena dan juga kertas mengambil masa lebih 2 minit. Setelah pesanan diambil, makanan yang dipesan tiba sekitar melebihi 10 minit. Namun tidak terlalu terasa pergerakan masa oleh kerana disibukkan melayan keletah anak-anak.

Selesai menjamu selera, untuk membayar, terpaksa ke kaunter, tiba di kaunter terpaksa mengingat semula apa yang telah dipesan tadi...

SITUASI II
Suatu ketika di salah sebuah restoran mamak yang agak terkemuka juga di Bat City, sebaik sahaja melabuhkan punggung di perut kerusi, sang pelayan muncul dengan segera di gigi meja bertanyakan pesanan dengan muka yang penuh ceria. Belum sempat habis bersembang, makanan dan minuman yang dipesan sudah siap tersedia. Belumpun sempat selesai, bil telah diletakkan di sisi...

Situasi I kerap berlaku di restoran sebangsa... jarang sekali mereka dapat meng'hafaz' atau paling koman pun didokumenkan pesanan yang telah dibuat untuk tujuan pembayaran. Dengan layanan dan pesanan yang mengambil masa yang agak panjang. Bersama dengan wajah-wajah kusam dan seolah-olah bosan apabila pelanggan lewat memberikan jawapan untuk pesanan. Sayangnya, budaya ini terus diwarisi hingga ke restoran2 terkemuka yang menggajikan anak-anak bangsa, iaitu budaya lewat mendapat pesanan makanan meskipun diwar-warkan bahawa pesanan boleh disiapkan dalam masa 2 minit!!

Situasi II pula kerap berlaku di restoran bukan sebangsa tetapi seagama. Layanan selalunya lebih baik dan lebih memuaskan ..

Jika bangsaku terus begini.. warung tidak mungkin menjadi medan selera .. medan selera usah bermimpi menjadi restoran terkemuka ..

Jika bangsa lain meneruskan lagi budaya cemerlang ini meskipun sedikit cuma, mereka bakal maju...lihatlah perkembangan restoran mereka kini...

Bangsaku ..cepatlah berubah ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol